D4kw4an terkena buatan orang- Ini Penjelasan dari Hael Husaini

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini, 32, meny4ngkal d4kw4an terkena ‘buatan orang’ berikutan susuk tubuh yang semakin kurus.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Jampi itu mengakui pernah dit1mpa s4kit selama lebih empat bulan, tahun lalu.

“Saya tidak tahu peny4kit apa yang menyer4ng. Saya akan dem4m dan tidak sihat apabila ada undangan persembahan.

“Agak lama juga saya tidak sihat, tetapi ia bukanlah peny4kit m1steri. Saya percaya, masalah kesihatan dialami apabila saya tidak mengamalkan kehidupan sihat.

“Saya terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa menjaga kesihatan dan bersenam,” katanya kepada BH Online.

Hael berkata, dia kini mengamalkan kehidupan lebih sihat, selain menjaga pemakanan.

“Saya banyak melakukan aktiviti bersukan seperti bermain badminton, di samping aktiviti riadah termasuk berlari dan berbasikal.

“Apabila menjalani kehidupan lebih sihat, ia banyak membantu dari segi nyanyian, pernafasan dan stamina. Alhamdulillah, saya sudah kembali sihat. Cuma sekarang saya sedang membina otot badan untuk kelihatan lebih ‘sado’,” katanya yang muncul dengan lagu terbaru, Hati, pada bulan lalu.

Kata bintang berasal dari Negeri Sembilan itu, dia bekerja tanpa henti sepanjang 2019.

“Saya jenis tidak suka duduk diam. Saya akan rasa sunyi jika tiada kerja. Bagaimanapun, saya bukanlah tam4k sehingga bekerja tanpa rehat.

“Saya sedar, apabila s4kit sukar untuk saya bekerja. Jadi, kini ada masanya saya akan berehat. Namun, saya tidak mampu menolak selagi Allah SWT memberikan rezeki,” katanya.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "D4kw4an terkena buatan orang- Ini Penjelasan dari Hael Husaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*