“Lain Kali Kalau Tengah M4buk Kau Jangan Pandu!” – Terlibat Kem4lang4n, Radin ERA Husnozon Dengan Mus1b4h

Penyampai radio ERA dan pengacara Radin yang terlibat dalam kem4lang4n di Lebuhraya Sprint pada awal pagi Ahad kesal dengan sikap individu yang telah mel4ngg4r kereta miliknya.

Ketika itu, Radin yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu sedang menuju pulang ke rumah bersama pengurusnya.

“Saya baru habis ‘meeting’ dengan pengurus di Kuala Lumpur kira-kira jam 1.40 pagi. Dalam perjalanan nak balik di Lebuhraya Sprint tu, saya pandu di lorong tengah.

“Sambil berborak tu saya cakap dengan pengurus yang kereta belakang ni memandu dalam keadaan laju.

“Saya nak ke lorong kiri tetapi tak boleh sebab ada kereta lain. Dalam masa beberapa saat terus dengar bunyi hentaman dari belakang.

“Saya terus berhenti di tepi jalan. Pakcik Cina yang langgar itu keluar daripada kereta dalam keadaan terhuyung hayang.

“Rupa-rupanya dia m4buk! Mula-mula dia minta untuk selesaikan di luar dengan membayar saya RM100.

“Saya tak terima dan terus mengajaknya ke balai polis untuk membuat laporan. 

“Namun, lain pulak respon yang dia bagi. Dia cakap, ‘Oh tak apalah nak buat laporan, p0lis akan s4man saya RM300 sahaja sebab memandu dalam keadaan m4buk.’

“Memang saya mar4hlah sebab dia tidak sedar dengan kesalahan yang melibatkan nyawa pengguna lain,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Radin Amir Effendi ini akur dengan mus1bah yang menimpa dirinya.

“Apa yang penting adalah saya dan pengurus selamat. Kereta kalau tengok dari mata kasar tak nampak sangat kesan dil4nggar. 

“Tapi bila dah bawa pergi periksa, beribu juga kena nanti. Saya husnozon saja mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi.

“Ataupun dalam pencarian rezeki saya ada yang terlepas pandang rezeki orang lain, kita tak tahu,” katanya lagi.

Terdahulu, Radin meluahkan rasa beng4ng dengan individu terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.

“Lain kali kalau tengah m4buk, kau jangan pandu! Kan dah menyus4hkan orang lain je set4n!

“Kalau nak m4mpus, m4mpus sorang-sorang!” tulisnya.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Lain Kali Kalau Tengah M4buk Kau Jangan Pandu!” – Terlibat Kem4lang4n, Radin ERA Husnozon Dengan Mus1b4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*