“Sebak Sebab Akhirnya Bertemu Insan Yang Tahu Menjaga Hati”- Elly Mazlein luah perasaan selepas majlis…

Selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya Sabtu lalu, Elly Mazlein tidak dapat menahan seb4k apabila bergelar isteri kepada Mohamad Azlan selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal sebelum ini.

Elly berkata sebelum ini dia mengakui tidak mahu bercinta lagi, namun apabila mengenali Azlan membuatkan dirinya terbuka hati untuk bercinta semula. Menurut Elly lagi, dia tidak sangka akhirnya dipertemukan insan yang tahu menjaga hatinya.

“Saya seb4k tak sangka akhirnya saya berkahwin dan bertemu dengan insan yang tahu menjaga hati. Dia ibaratnya memberi kepercayaan buat saya untuk bercinta semula. Dia telah k0rb4nkan macam-macam dan saya rasa dialah yang membuatkan diri ini terbuka hati.

“Sebelum ini memang tak mahu bercinta lagi dan bila kenal dengan cikgu, dia berikan keyakinan untuk bercinta semula. Susah pada awalnya kerana saya memang tak boleh. Dia tak pernah berpvtus asa dan Alhamdulillah, terbuka hati untuk terimanya,” katanya.

Dalam pada itu, Elly berkata suaminya itu cukup rapat dengan anaknya, Putri Sara Sephia dan bapanya. Malah, suaminya juga seorang yang jujur dan menjaga keluarganya dengan baik.

Sementara itu, suaminya turut melafazkan kata janji buat Elly bahawa dia akan setia dan membahagiakannya serta Sephia.

 

 

Sumber : Rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sebak Sebab Akhirnya Bertemu Insan Yang Tahu Menjaga Hati”- Elly Mazlein luah perasaan selepas majlis…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*