“Tak Marah Pun Tapi…” – Pegawai Mirip Pelakon ‘Maznah Ye’ Akhirnya Bersuara!

Ungkapan dialog ‘Maznah Ye’ secara tiba-tiba viral apabila wajah seorang pegawai operasi Le Tour de Langkawi (LTdL) disamakan dengan pelakon filem Seniman Bujang Lapok, HM Bursa.

Dialog HM Bursa itu diungkapkan ketika babak di biliknya diketuk oleh Ramli, Ajis, dan Sudin kerana membuat bising bermain trompet.

Menerusi Harian Metro, Shahaizereen A. Hamid berkata dia tidak menyangka perkara berkenaan tular di laman sosial.

“Tapi saya memang tidak mempunyai kaitan dengan pelakon berkenaan. Mungkin ada persamaan dari segi wajah tapi hakikatnya kami tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

“Saya pun tak sangka, tapi mungkin wajah kami ada sedikit persamaan. Saya tak terasa hati atau marah, saya tahu kebanyakan natizen memang suka bergurau.

“Jadi kalau anda semua nak menyaksikan Maznah secara berdepan datanglah saksikan perlumbaan LTdL kali ini,” katanya.

Sementara itu, di media sosial rata-rata netizen sangat terhibur dengan wajah kedua-dua mereka yang sama itu.

Tambah mencuit hati, ada juga yang memuat naik gambar perbandingan antara mereka.

Sumber: Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tak Marah Pun Tapi…” – Pegawai Mirip Pelakon ‘Maznah Ye’ Akhirnya Bersuara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*