Lelaki disangka terjatuh sungai ada ular, orang utan hulur tangan cuba bantu… kisah di sebaliknya menyentuh perasaan!

e-SSM Portal

Seekor orang utan menghulurkan tangan dilihat cuba membantu seorang lelaki menangkap seekor ular di sebatang sungai. Foto SWNS

 

MOMEN yang menyentuh perasaan menunjukkan seekor orang utan cuba memberi bantuan kepada seorang lelaki yang sedang mencari ular.

Menerusi sekeping gambar, haiwan itu dilihat menghulurkan tangannya kepada lelaki berkenaan dengan cuba membantunya.

Gambar tersebut dirakamkan di hutan simpan di Borneo yang mana spesies terancam dilindungi.

Ketika kejadian, seorang pemuda, Anil Prabhakar melakukan ekspedisi di hutan sebelum melihat seorang lelaki sedang menjalani projek pemeliharaan di sungai itu.

Anil kemudian mendapati lelaki itu sebenarnya menangkap ular bagi melindungi populasi orang utan.

Orang utan ini mungkin menyangka lelaki berkenaan terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai ular. Foto SWNS

Bagaimanapun, jurugambar amatur itu mended4hkan lelaki tersebut tidak menyambut tangan haiwan itu selepas kerana ia adalah haiwan yang liar.

Anil dari Indonesia berkata: “Seseorang memberitahu dia terdapat seekor ular di sungai itu. Warden itu pergi ke sana dan bersihkan semak.

“Seekor orang utan datang ke sungai dan melihat apakah lelaki itu lakukan. Ia datang dekat dan menghulurkan tangannya.

“Warden itu hanya berlalu pergi. Saya kemudian tanya mengapa dan katanya: ‘Ia adalah haiwan liar, bukan yang kita kenal. Tapi mereka di sini untuk kita lindungi mereka’,” katanya.

Sumber: Mstar- Metro UK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki disangka terjatuh sungai ada ular, orang utan hulur tangan cuba bantu… kisah di sebaliknya menyentuh perasaan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*