MBSA terima permohonan maaf, lulus permit hiburan Pak Ya – “Patuhi syarat-syarat dan tidak sentuh sens1tiviti”

 

lSU kumpulan Rare dig4m daripada membuat persembahan dalam kawasan pentadbiran Shah Alam selesai selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima permohonan maaf daripada mereka. 

Pihak MBSA turut meluluskan semula permit hiburan kepada pelawak Ilya Buang atau Pak Ya untuk membuat persembahan program Sepahtu Reunion 2020 di Royal Teater, Shah Alam.

“Untuk rekod, MBSA telah menerima permohonan maaf daripada anggota Kumpulan Rare di atas pelanggaran syarat permit hiburan semasa program Maharaja Lawak Mega 2019 yang berlangsung di Teater Shah Alam.

“MBSA telah meluluskan permit hiburan kepada Illya Buang Shaharum (Pak Ya) bagi program Sepahtu Reunion 2020,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi MBSA.

Permit Hiburan telah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohd Rashidi Ruslan.

MBSA menerima permohonan maaf daripada Kumpulan Rare.

Bersama kenyataan itu turut disertakan beberapa keping foto kumpulan Rare menerima permit kebenaran tersebut.

Pada Jumaat lalu, kumpulan Rare membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran mereka yang dianggap telah meny1ndir kerajaan ketika membuat persembahan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu.

Tindakan kumpulan yang dianggotai oleh Ajak, Ilya dan Ropie itu menyebabkan mereka dikatakan disekat daripada membuat persembahan dalam kawasan pentadbiran Shah Alam.

 

Permit hiburan untuk Pak Ya diluluskan.

Dalam pada itu, MBSA mengingatkan mana-mana pihak yang mengadakan persembahan hiburan dalam kawasan Parlimen Shah Alam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pihak MBSA ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan hiburan di kawasan pentadbiran MBSA agar mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam permit hiburan yang dikeluarkan.

“Tidak menyentuh sensit1viti masyarakat terutamanya yang melibatkan isuu perkavman. Semoga agenda seni tempatan negara terus bermanfaat kepada masyarakat!,” ujarnya

Kumpulan Rare membuat permohonan maaf dan menerima ia sebagai pengajaran.

Pada malam final MLM 2019 lalu, kumpulan Rare muncul dengan lawak sind1ran apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).

Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan ‘tervk’.

PH dalam pengertian politik merujuk kepada Pakatan Harapan.

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "MBSA terima permohonan maaf, lulus permit hiburan Pak Ya – “Patuhi syarat-syarat dan tidak sentuh sens1tiviti”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*