Naim Daniel dinobatkan sebagai Juara AJL 34, ramalan Neelofa tepat lagi!

 

Jika sebelum ini kita dapat menyaksikan persembahan hebat daripada juara Anugerah Juara Lagu iaitu penyanyi Hael Husaini yang mana telah bergandingan bersama penyanyi yang sudah tidak asing lagi, Dayang Nurfaizah.

Persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL 33) berkenaan sekaligus membuatkan pasangan duet ini bergelar juara apabila menyanyikan lagu bertajuk Haram yang berjaya memukau ramai.

Juara Anugerah Juara Lagu 34
Juara AJL 33

Bagaimanapun, malam ini di Anugerah Juara Lagu (AJL 34) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pula penyanyi lagu Sumpah dinobatkan sebagai juara. Nampaknya persembahan Naim Daniel memikat hati juri dan peminatnya dan gelaran juara AJL 34 ini menjadi miliknya.

Lagu Sumpah menjadi pilihan ramai dan ternyata ianya telah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu yang ke 34.

Juara Anugerah Juara Lagu 34

Screenshot_67

Penyanyi Naim Daniel menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu dendangan penyanyi berusia muda ini melayakkan Sumpah bergelar juara di AJL 34. Tahniah diucapkan buat penyanyi ini!

VIDEO:

Antara finalis dan lagu yang dipersembahkan pada malam ini adalah Drama Band yang membawakan lagu Drama dan Akim & Majistret, Aina Abdul dan Ernie Zakri selain beberapa lagu popular seperti Anta Permana, Dinda, Bangun dan Ragaman.

Disamping itu, penyanyi Haqiem Rusli, Hazama dan Hafiz Suip juga turut melakukan persembahan.

Sumber: TV3 Malaysia / HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Naim Daniel dinobatkan sebagai Juara AJL 34, ramalan Neelofa tepat lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*