F0to Achey tular buat ramai sayu, rupanya nak jaga baju terakhir Abam

 

Siapa saja yang tidak mengenali dengan nama Bocey, kumpulan lawak terkenal tanah air sememangnya menjadi diantara yang paling disukai ramai apatah lagi dengan gabungan hebat, Achey, Fad dan Abam.

Tiga sahabat pelawak ini bagaimanapun memang tidak dinafikan sangat akrab malah perjalanan mereka bersama sebagai kumpulan Bocey juga membuatkan mereka tidak henti-henti menerima anugerah ketika memasuki rancangan lawak di kaca televisyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mantulll dik …. #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Malah masih terkesan lagi, kemenangan kumpulan Bocey di Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang mana mereka berjaya merangkul tempat ketiga pada awal Januari lalu.

Bagaimanapun, kini ia menjadi kenangan terindah buat kumpulan ini apabila Abam pergi meninggalkan semua pada pagi Isnin.

Berita pemergian Abam telah mengeejutkan industri seni tanah air apatah lagi dia merupakan seorang yang sangat mesra dan rapat dengan kebanyakan orang dalam industri Malaysia. Bahkan menerusi laman Instagram, ramai telah berkongsikan pelbagai kisah baik bersamanya.

abam bocey

Tidak dinafikan kedua sahabatnya, Fad dan Achey juga menjadi perhatian ramai setelah berita pemergiaan Abam tersebar. Meskipun tidak dapat digambarkan perasaan mereka, namun di media sosial foto Achey dalam keadaan duduk membuatkan ramai turut sedih.

Wajah Achey juga kelihatan sedang berduka dengan pemergiaan Abam membuatkan ramai tidak henti-henti mendoakan.

Namun begitu, katanya disamping berkongsikan foto berkenaan bahawa lama dia menjaga baju terakhir sahabatnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lama aku jaga baju terakhir kau bam… aku cuma nak pastikan #abamkacak kau tu untuk kali ini sebaik mungkin…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Lama aku jaga baju terakhir kau bam… aku cuma nak pastikan #abamkacak kau tu untuk kali ini sebaik mungkin.”

Dapat diperhatikan bahawa Achey sangat mahu menjaga Abam namun ia membuatkan rakan selebriti dan peminat meminta agar dia bersabar dan turut kuat.

Sumber: Achey / HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "F0to Achey tular buat ramai sayu, rupanya nak jaga baju terakhir Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*