“Separuh Jiwanya Pergi,” Isteri Abam Tetap Tabah Dukung Anak Ukir Senyuman

Sejak hari pertama pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam pada Isnin lalu, kelibat isterinya seakan tidak kelihatan. Menghorm4ti kesedihan yang dialami, pihak media juga dilihat tidak menemu ramah isterinya yang dalam keadaaan duka.

Isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, adalah insan pertama menyedari bahawa Abam Bocey telah pergi menghadap Illahi. Ketika itu dia telah mengejutkan Abam untuk menunaikan solat Subuh namun suaminya hanya diam tak berganjak.

Shaabat handai & keluarga masih ziarah pusara Abam

Sejak dua hari pemergian Abam, tiada langsung gambar isterinya terlihat di kubur dan juga temu bual bersama media. Hal-hal berkaitan ulasan pemergian Abam lebih banyak diceritakan oleh ibu, adik serta sahabat handai.

Namun, menerusi muat naik daripada Shahrol Shiro, dapat dilihat wajah isteri Abam yang seakan tenang dan redha dengan ketentuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup bukan tentang siapa yg terbaik tapi tentang siapa yang mau berbuat baik..Kita baik ramai yang sayang..Terima kasih kerana mengajar kami sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan ini..😔 Salam takziah buat semua ahli keluarga.. @acheykintangkintung dan @fadbocey jangan patah semangat..Teruskan berkarya memberikan manfaat buat semua..Semoga roh Allahyarham @abam_bocik ditempatkan dikalangan golongan orang yg beriman.. Alfatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

Dukung anak yang belum tahu apa2

Sambil mendukung anaknya Syed Uthman Hamzah, Hidayah terlihat sangat tabah dan masih mampu tersenyum disamping sahabat-sahabat serta ahli keluarga suaminya.

Masih boleh tersenyum

Isteri mana tidak berduka atas pemergian suami tercinta. Sudah tentu ia menjadi satu kenangan paling pahit untuk ditelan oleh Hidayah.

Walau bagaimanapun, dengan sokongan orang sekeliling serta anak yang masih memerlukan perhatian, Hidayah boleh disifatkan sebagai insan hebat kerana kehilangan suami ketika anak mereka baru berusia 5 bulan.

Kuatnya hati seorang isteri

Sehubungan dengan perkongsian daripada Shahrol itu, rata-rata warganet telah mendoakan agar wanita itu terus cekal menempuh hari mendatang selepas ketiadaan Abam.

Mereka juga berdoa agar roh pelawak terkenal itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya redha dengan perginya insan mulia ini.

Arwah seorang yang sangat baik

Sedih & sebak tengok isteri serta ibu Abam

Semoga  ditempatkan dalam kalangan orang beriman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Shahrol Shiro /  @RoseMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Separuh Jiwanya Pergi,” Isteri Abam Tetap Tabah Dukung Anak Ukir Senyuman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*