“Anak arw@h sudahdah mula tercari-cari bapanya..”- Ali Puteh

Pemergian Abam Bocey pada Isnin lalu sememangnya mengejutkan ramai pihak malah sehingga kini, Allahy4rham Abam masih menjadi bualan.

Abam Bocey atau Allahy4rham Syed Umar Mokhtar bin Syed Redzuan telah dikurniakan seorang anak yang kini berusia lapan bulan. Walau bagaimanapun, terbaru adiknya yang juga merupakan pelawak dikenali sebagai Ali Puteh memberitahu anaknya itu sudah mula tercari-cari, “anak arw4h sudah mula tercari-cari bapanya.”

Anak Abam Bocey berusia lapan bulan

Fad Bocey sedang mendukung anak Abam. Sumber foto: Instagram Fad

Menurut sumber, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengatakan bahawa anak Abam lebih banyak diam selain tidak meragam. Malah kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.

“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.”

“Cuma dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku.”

Melalui Harian Metro juga, dia disoal tentang hasil bedah siasat punca kemat1an Abam Bocey dan ujarnya, mereka masih belum mendapat keputusan.

Ali Puteh bersama abangnya, Abam Bocey

“Kami tidak dapat apa-apa keputusan lagi. Dimaklumkan paling lambat dalam tempoh tiga minggu lagi.”

Hamzah sedang bermain dengan anak Fad Bocey

VIDEO:

Ahli kumpulan Puteh ini juga memberitahu pesanan terakhir diterima daripada Abam Bocey adalah menjaga ibunya yang berusia 63 tahun, Sabariah Arshad yang mana kini tidak sihat selain terpaksa berkerusi roda.

 

Sumber: Harian Metro / HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Anak arw@h sudahdah mula tercari-cari bapanya..”- Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*