“Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” – Ali Puteh

 

SELEPAS empat hari pemergian pelawak Abam Bocey, adiknya Ali Puteh memberitahu ibu dan kakak iparnya Nor Hidayah masih terkesan dengan kehilangan itu. 

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya Sabariah Arshad mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allahy4rham.

“Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan arw4h Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga.

Sabariah masih terkenang arw4h Abam.

“Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arw4h sampai la pukul 3, 4 pagi baru boleh tidur.

“Buat masa sekarang ini, saya dan isteri serta anak-anak tinggal bersama ibu. Setiap malam kami akan teman ibu tidur.

“Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terpaksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika dihubungi mStar pada Khamis.

 

Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arw4h sampai la pukvl 3 hingga 4 pagi baru boleh tidur. ALI PUTEH PELAWAK

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, men1nggal dvnia selepas dua hari mengalami dem4m p4nas di kediamannya, Gombak, pada pagi Isnin.

Allahy4rham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin menguruskan harta yang ditinggalkan Allahy4rham.

“Memandangkan rumah ada banyak bilik, ibu bapa mentua arw4h pun tinggal bersama kami buat masa kini.

“Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu.

“Insya-Allah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam. Saya akan cuba susun sebaik yang mungkin harta peninggalan arw4h untuk anaknya Hamzah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada semua tetamu yang masih lagi berterusan menziarahi rumah dan kubur arw4h sehingga kini.

“Alhamdulillah, sampai sekarang sudah empat hari arw4h men1nggal dvnia tapi rumah sentiasa dipenuhi orang ziarah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang datang, kebanyakan mereka dari jauh. 

“Mereka kawan-kawan dan kenalan arw4h yang tak dapat datang pada hari pengebum1an,” ujarnya.

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” – Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*