“Tak Berkedip Mata Teng0k Video Ayah…” Anak Sudah Mula Tercari-Cari Abam

Masuk hari keempat pemergian arw4h pelawak Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, ramai yang sudah mula merindui arw4h.

Menurut pelawak, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam, kini anak tunggal arw4h, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey berusia lima bulan, sudah mula mencari-cari bapanya.

Di usia yang masih kecil, anak kecil itu masih tidak mengerti apa itu kehilangan, mungkin kerana itulah dia sudah mula merindui bapanya yang sebelum ini sering memanjakannya, kini tidak kelihatan lagi.

“Dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku…”

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hamzah tengok video ayah dekat handphone mummy @syaheeraarahman 💕😢 kak minah pun fokus je layan tau🥰😘 #abamdalamkenangan

A post shared by AL-FATIHAH Syed Umar Mokhtar (@abammamamious) on

Menceritakan mengenai keadaan balu kepada abangnya, Ali memberitahu bahawa kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, kini lebih banyak mendiamkan diri.

“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam…”

Ditanya mengenai keputusan b3dah s1asat, Ali memaklumkan pihaknya masih lagi belum mendapat sebarang keputusan daripada pihak hospital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Harian Metro & abammamamious / @RoseMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tak Berkedip Mata Teng0k Video Ayah…” Anak Sudah Mula Tercari-Cari Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*