“Abam sendiri tak pernah heboh perkara ini, sebaliknya terbongkar selepas dia meningg4l dunia”-Dato Hattan

 

PENYANYI popular Datuk Hattan, 56, mencadangkan Allahy4rham Abam Bocey dijadikan ikon untuk golongan remaja serta masyarakat.

Hattan berkata, cadangan itu difikirkan selepas melihat perkara positif dilakukan Abam ketika hay4tnya.

“Benar Abam sudah tiada, tapi tak salah jika kita angkat dia sebagai ikon kerana tak banyak artis yang sehebatnya. Bayangkan, budak sekolah berusia 10 tahun boleh menangis teresak-esak apabila mendapat berita dia meni1nggal dunia.

“Abam sangat merendah diri dan tak banyak cakap, tapi dia tunjukkan teladan yang baik kepada kita semua. Ambil contoh, seorang wanita bersama anaknya sanggup datang menziarahi kvbur Abam walaupun sudah jam 8 malam kerana mengenangkan budi arw4h yang tampung persekolahan anaknya,” katanya.

Menurutnya, Abam sendiri tidak pernah menghebohkan perkara ini, sebaliknya hanya terbongkar selepas dia men1inggal dunia.

“Bukankah semua benda yang dibuatnya itu amalan mulia dan dituntut dalam Islam? Dia juga menjaga ibunya, adik-beradik dan orang lain. Apa salahnya dia dijadikan contoh. Sekurang-kurangnya kerajaan atau mana-mana pihak harus buat sesuatu bagi mengenang jasanya,” katanya.

Hattan berkata, impak yang dicetuskan Abam memang kuat dan sehingga kini cerita kem4ti1annya masih diperkatakan di media sosial.

“Saya akui apa yang berlaku memang dahsyat. Saya sendiri menangis dari masjid sampai ke kubur pada hari kem4ti1annya. Bayangkan, belum pernah lagi saya menangis sampai begitu sekali. Malah penceramah, Imam Muda Hassan pun kata kem4ti1annya dalam ‘khusnul khatimah’.

“Sebagai orang yang masih hidup, kita cemburu apa yang arwah dapat. Saya berdoa supaya satu hari nanti, saya pun akan dapat begitu,” katanya.

Menurut Hattan, dia orang paling gembira sekiranya cadangan ini diterima dan menjadi kenyataan.

“Kita boleh jadikan dia ikon untuk anak-anak muda yang sudah menyimpang supaya mencontohi kebaikan yang dilakukannya.

“Abam seorang artis popular tapi tengoklah bagaimana cara pembawakan dia sehingga disukai ramai. Kita minta kebenaran cara baik dengan keluarganya untuk buat benda ini, sekurang-kurangnya dapat tambah pahala untuk arwah,” katanya.

Hattan turut mencadangkan supaya dihasilkan produk jualan seperti baju jenama Abam dan pendapatannya boleh dimanfaatkan banyak pihak.

“Keuntungan daripada jualan ini boleh digunakan untuk keluarga Abam serta untuk terus bantu mereka yang pernah dibantu Abam terutamanya anak-anak yatim dan golongan miskin. Kalau ada pihak nak wujudkan Yayasan Abam pun boleh juga. Tujuannya untuk bantu semua pihak yang memerlukan. Mungkin Abam tak belajar tinggi, tapi dia berjaya dalam hidupnya. Rugi kalau tak manfaatkan kelebihan itu untuk kebaikan kita semua,” katanya.

Bocey terus hi1dup tanpa Abam

ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad berjanji akan terus menjaga, menghidup dan mengekalkan nama Bocey biarpun selepas keti1adaan Abam yang meni1nggal dunia, Isnin lalu.

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, kumpulan itu adalah kenangan bersama Abam sekali gus menempatkan nama mereka dalam industri hiburan hingga sekarang.

“Saya berjanji akan terus menjaga nama Bocey. Walaupun saya dan Achey ada kerjaya solo, nama Bocey takkan hilang. Ini kenangan kami bersama.

“Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arw4h.

“Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arw4h akan terus hi1dup,” katanya kepada Harian Metro.

FAD dan Achey akan teruskan legasi Bocey walau tanpa Abam (kiri).

Ditanya kemungkinan mereka akan mencari pengganti Abam, Fad tidak menolak perkara itu.

Fad berkata, dia terfikir Datuk Afdlin Shauki adalah individu paling sesuai menggantikan tempat Abam.

Afdlin adalah sifu Fad dan Abam ketika tampil sebagai kumpulan Bocik dalam program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

“Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arw4h dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas.

“Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika arw4h ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : duniadanakhirat / slambermedia.bbn.my

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Abam sendiri tak pernah heboh perkara ini, sebaliknya terbongkar selepas dia meningg4l dunia”-Dato Hattan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*