Kucing ini datang secara tiba-tiba ada di kediaman Abam, teman anak tidur sejak 4rwah pergi

 

Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi oleh sahabat handai dan ahli keluarga, malahan sebahagian rakyat Malaysia turut terkesan dengan hal tersebut. Satu demi satu kisah hidupnya dirungkai dan ternyata betapa hebatnya insan bernama Syed Umar Mokhtar ketika hayatnya.

Hampir sahaja memasuki hari ke 5 pemergian pelawak terkenal selepas disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin. Sahabat handai masih tidak putus berkongsi kisah mengenai peribadi Abam di media sosial.

Kucing datang lepas Abam pergi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahu..sayu hati bila tengok hamzah tidur.. sebelum arwah @abam_bocik , meninggal dunia, arwah nak beli seekor kucing untuk dijadikan peneman buat @mrs_abam tetapi tak kesampaian.. bila hari kematian arwah, tak tahu dari mana dtgnya kucing ini yg telah masuk ke rumah arwah, sehingga hari ni menjadi peneman tidur utk Hamzah.. #KitaBaikRamaiSayang #BiarOrangBuatKitaJanganKitaBuatOrang #AllahUjiSebabAllahSayang #syeduthmanhamzahaljuffrey

A post shared by Mohd Syukri ‘Kicuk’ Abdullah (@syukkicuk) on

Hasrat nak beli kucing untuk isteri

Semalam, seorang kenalannya telah memuat naik gambar anak allahyarham Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing.

Syed Uthman Hamzah baru sahaja berusia 8 bulan semasa bapanya meninggal dunia dan belum lagi mengerti apa-apa. Dia juga belum puas bermanja dengan allahyarham Abam kerana bapanya dijemput  Illahi terlalu awal.

Menerusi kapsyen yang dinyatakan dalam muat naik sahabat arwah, dia memberitahu hasrat Abam sebelum ini adalah dengan membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah, namun tidak kesampaian.

Tidur disisi anak allahyarham

Walau bagaimanapun, seakan tidak percaya apabila datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga 4llahyarham dan terus tidur disisi Hamzah.

Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya.

Semoga Allah lindungi anak ini

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka juga menyifatkan bahawa kucing yang datang adalah sebagai peneman seketika buat anak kecil itu.

Mereka turut sempat mendoakan agar keluarga allahyarham Abam terus kuat menghadapi ketiadaan insan tersayang dan semoga roh pelawak terkenal itu dicucuri rahmat.

Allah hantar kucing supaya teman Hamzah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

 

Sumber: syuk kicuk via noteuntukawk / vanilla.kini.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kucing ini datang secara tiba-tiba ada di kediaman Abam, teman anak tidur sejak 4rwah pergi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*