“Bukan meratap tapi sebab rindu” – Fad Bocey minta netizen yang kurang senang henti ikut laman sosial

Fad dan Achey hanya berkongsi kenangan mereka bersama kerana rindu arw4h Abam.

 

SUSULAN dikr1tik gara-gara meratap pemergian pelawak Abam Bocey, Fad menjelaskan dia dan Achey berkongsi kenangan bersama arw4h kerana terlalu rindu. 

Fad berkata mana-mana pihak yang kurang senang dengan perkongsian dia dan Achey boleh berhenti mengikuti mereka di laman sosial untuk mengelakkan daripada mendapat d0sa. 

“Mereka ada pendapat masing-masing. Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

“Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arw4h. Kami kongsi kenangan dengan arw4h pun sebab kami rindu.

PU Azman menjelaskan perbuatan orang yang masih hidup tidak memberi kesan kepada yang sudah men1nggal dunia.

“Kalau tak suka boleh sekat atau ‘unfollow’ kami. Lagi elok daripada dapat d0sa sia-sia. Saya tiada niat mar4h atau b3nci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah,” katanya. 

Fad berkata demikian di ruang komen foto penjelasan PU Azman mengenai perbuatan manusia yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada yang sudah men1nggal dunia di Instagram. 

Menurut PU Azman, biarpun perbuatan meratap tidak beri kesan kepada arw4h namun kena sentiasa menjaga jiwa supaya tidak terkeluar dari batas keredaan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey men1nggal dunia selepas dua hari mengalami dem4m p4nas.

Pemergiaan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, memberi tamparan kepada keluarga serta dua anggota kumpulannya, Achey dan Fad.

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bukan meratap tapi sebab rindu” – Fad Bocey minta netizen yang kurang senang henti ikut laman sosial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*