Kurang tayang kisah cinta, peminat teruja Tasha Shilla sudah bertunang

 

Setelah sekian lama berteka-teki mengenai soal jodoh, terbaru dimaklumkan bahawa pelakon cantik Tasha Shilla kini telah sah menjadi tunangan orang.

Menerusi beberapa muat naik di Instagram, Tasha Shilla telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya yang diadakan di di Empire Damansara.

Majlis tersebut dikatakan berlangsung secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. Maka hari ini, Tasha sudah pun bergelar tunangan kepada seorang jejaka bernama Atiq.

Berita perkongsian Tasha Shilla di laman Instagram miliknya turut mendapat ucapan tahniah daripada para pengikutnya yang mendoakan kebahagiaannya hingga ke jenjang pelamin.

Moga kekal hingga jenjang pelamin

Tahniah Tasha

OhMyMedia/MediaHiburan/IGTasha / onlinemalaya.com

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kurang tayang kisah cinta, peminat teruja Tasha Shilla sudah bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*