Rupanya mak pawi rej3cted syifa cara halus,ada 11 komen padu cuba k0rg baca

Bukan mak tak restu, tapi Awi masih muda’

“SEBOLEH-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dakwaan anaknya berg3lut masalah prestasi kerana dikatakan berdepan tekanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mend3saknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.

Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, k3coh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, m4ut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.

Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.

Komen2 netizen

1-Nampak benor direject oleh bakal Mil.

Lagi2 kaki kikis duit ank mak + family mulut h4zab

2- Dalam pada makcik & pakcik mereject anak org secara halus, harap semburrrrr gak la anak sendiri… Tak elok mana pun perangai.. bvruk anak org, bvruk lg anak sendiri..

3- Kepada Syifa, back off je la.. tak rugi mana pun.. sbb dia, hang kena hina 1 malaysia.. semoga dapat yg jauh lebih baik drpd jantan sekoq ni.

4-X pyh la syipa oiii.. Terang2 lg bersuluh parent lelaki tak suka kt hang. Bawa jumpa 2x pun mcm tu penerimaan famili dia. Lelaki trg ni kalau ada nama, ada duit, mudah terlingkup krn dadah atau perempuan? #akuanaktrg

5-Syifa boleh Cuba try YB Syed saddiq…umur lebih kurang je nak dekat sebaya. Beliau pon lagi hensem dan educated..gaji pon besar juga..tapi pencen xpasti dapat ke idok..

6 -Ouch baca statement parent pawi. Kalau iols jadi syifa, iols back off kot, malu la. Melainkan kulit tebal biawak

7 -Ade yang nangis tepi bucu katil ke lepas baca komen mak pawi?

8 -Aku rasa dah cukup sopan mak awi ni bgtau. Klu boleh nak yg lebih muda. Sbnrnya dia nk kata tak pyh la dgn pompuan loqlaq sembang kencang blagak kaya dan tua ni

“9 – Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.

I imagine syipa ni kontra dgn semua impian makcik ni..

10 -Pawi pun cariklaa yg sekufu.. Sama org kg. Boleh hidup cara kg.. Adik beradik dah la ramai. Bc komen mak ayh dia mcm sed1h ja. Si pawi ni dah mcm kaduk naik junjung

11- “Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ……….. ”

Dlm tak memilih tu, byk jugak kriteria yg makcik tetapkan…. hahaha good luck lah ya bakal menantu.

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : PenaKita

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rupanya mak pawi rej3cted syifa cara halus,ada 11 komen padu cuba k0rg baca"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*