“Saya Tak Kvtuk Orang Miiskin Dan Kami Ni Tak Kaya Mana Pun” – Syifa Melvin Mohon Maaf

Pelakon Syifa Melvin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas penularan videonya yang didakwa menghina golongan tidak berkemampuan.  Menerusi laman sosial Instagram, Syifa memuat naik sebuah video di saluran IGTVnya bagi menjelaskan maksud sebenar salah faham tersebut. 

“Saya nak pohon kemaafan kepada semua orang yang dah tengok video yang tersebar tu.

“Kenapa saya gelak dalam video tu, bukan saya ketawakan orang miskin, orang yang duduk rumah setinggan, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tak,” ujarnya menerusi rakaman tersebut. 

“Sejujurnya niat yang saya maksudkan dalam video tu adalah, bila kita memakai material sebegitu, kain satin dan warna yang mewah macam tu, kat mana je kita berada, kita akan nampak yakin. Itulah maksud saya yang sebenarnya,” katanya. Menerusi video itu lagi, Syifa memberikan penjelasan yang sebetulnya tentang apa telah disalahertikan oleh orang ramai.

“Duduklah dekat reban ayam sekali pun, bukan kata korang penghuni reban ayam tu, maksudnya korang memang ada dekat situ, kita tetap nampak confidence dan mewah,” jelasnya lagi.

“Tak kan la saya nak mengutuk, menghina orang tak berkemampuan sebab kami bukan kaya, tak kaya pun. 

“Tapi itulah, orang dah salah tafsir dan niat kita ni sepatutnya tak perlu beritahu orang pun tapi terlalu banyak kecaman yang diterima sampai orang salah sangka sampai timbulkan f1tn4h, jadi saya harapkan orang yang sebarkan video tu berhenti sebab kita tahu tahap pemikiran setiap orang tu berbeza,” tuturnya di akhir rakaman.

Sehingga kini, perkongsian berdurasi lebih dua minit itu telah menerima hampir 80,000 tontonan selepas tiga jam di muat naik. 

Minggu lalu, sepotong video Syifa sedang mengenakan tudung sambil didakwa menghina golongan yang tinggal rumah setinggan dan PPRT tiba-tiba tular gara-gara isunya bersama teman lelaki penyerang JDT Safawi Rasid dan Tunku Mahkota Johor meledak.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Kvtuk Orang Miiskin Dan Kami Ni Tak Kaya Mana Pun” – Syifa Melvin Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*