Suami pelakon veteran Rubiah Suparman m3ninggal dunia akibat k4nser paru-paru

SUAMI kepada pelakon veteran, Rubiah Suparman iaitu Zahri Mohd Nor m3ninggal dunia sekitar pukul 5.15 petang Sabtu.

Allahyarham Zahri yang berusia 80 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di USJ, Subang Jaya akibat k4nser paru-paru.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik anak tirinya, Azida Roselay, Allahyarham Zahari disahkan m3nghidap peny4kit itu penghujung Januari lalu.

“Kami sekeluarga reda dengan pem3rgian ayah. Ayah disahkan menghidap kanser paru-paru pada hujung Januari lalu.

“Bagaimanapun, ayah tidak menjalani sebarang pembedahan kerana risiko tinggi memandangkan usianya sudah menjangkau 80 tahun.

Rubiah reda pemergian suami.

“Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan apabila keadaan ayah semakin l3mah dari hari ke hari. Malah, beberapa hari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir dia juga dalam keadaan sedar dan tidak sedar,” katanya.

Sementara itu, Azida berkata keluarga reda dengan pem3rgian bapa mereka itu.

“Alhamdulillah, mak kuat dan reda dengan pemergian ayah. Diharapkan semoga segala urusan berjalan lancar,” kata Azida lagi.

jen4z4h Allahyarham Zahri akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan USJ 22.

Rubiah merupakan angkatan pelakon era 70-an yang banyak membintangi filem dan drama antaranya Bila Hati Telah Retak, Dayang Suhana, Potret Maria dan lain-lain.

DIa juga mengusahakan restoran Puteri yang sangat popular bagi masyarakat di sekitar Lembah Kelang.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami pelakon veteran Rubiah Suparman m3ninggal dunia akibat k4nser paru-paru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*