”Alhamdulillah, Saya Pun Suka Beliau” Lelaki Cina Ini Gembira Dr.Zulkifli Jadi Menteri Hal Ehwal Agama

Pengumuman kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata memberikan pelbagai reaksi yang berbeza daripada rakyat.

Selain sejarah tercipta dengan tiada sebarang pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang digantikan oleh empat orang Menteri Kanan, antara yang paling menarik perhatian ialah perlantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pemilihan Dr Zulkifly ternyata disambut dengan baik oleh rata-rata netizen termasuk individu bukan beragama Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Siang Siang di Facebook, pemuda berbangsa Cina itu memuji sikap Dr Zulkifly yang melakukan dakwah secara lembut dan baik.

”Saya non-muslim pun suka dengan beliau”

‘Beliau kuat memikirkan keadaan masyarakat’ – Ebit Lew

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Alhamdulillah. Tahniah Tuan Guru Sahibus samahah Dato Seri Dr @drzulkifli.albakri yang teramat saya hormati dan sayangi Menteri Agama Negara kita. Betapa masyarakat dan anak muda kita memerlukan usaha berterusan terutama dalam membina jiwa anak muda dengan Islam. Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingatlah lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat. Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan. Diwajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan, lgbt,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam… Tahniah Dr Zulkifli al bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli. Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah. Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ya Allah bantulah guru & alim yang amat kami muliakan

“Diwajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan, lgbt,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam… Tahniah Dr Zulkifli al bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli.”

“Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah.”

“Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami.”

Berdasarkan rekod, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dari 23 Jun 2014 sebelum dipilih oleh Perdana Menteri menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam pengumuman kabinet petang semalam.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Siakapkeli

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "”Alhamdulillah, Saya Pun Suka Beliau” Lelaki Cina Ini Gembira Dr.Zulkifli Jadi Menteri Hal Ehwal Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*