‘Buku nota ini jadi pengganti mak’ Semoga Arwah Mak ditempatkan dalam kalangan orang Beriman.

BUKU nota yang sering menjadi teman setia seorang ibu akan tersemat kemas dalam ingatan dan kenangan buat lima beradik ini selepas wanita disayangi mereka itu m3ninggal dunia akibat k4nser lidah, 6 Mac lalu.

Bagi anak kedua daripada lima beradik itu, Nurul Shafina Mazani, 24, buku menyimpan segala pesanan dan permintaan ibunya, Rosimah Ismail, 49, selama mend3rita k4nser tahap empat itu akan disimpan sebagai kenangan.

“Buku nota ini sentiasa menjadi teman mak ketika dia s4kit, segala permintaan dan pesanan kepada kami banyak ditulis dalam buku ini.

“Kami tidak akan buang buku ini tetapi akan simpan sebagai kenangan kerana ia pengganti diri mak.

“Segala pesanan itu akan kami sematkan sampai bila-bila,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang berkata, kali terakhir ibunya menukilkan pesanan dalam buku berkenaan dua hari sebelum kem4tiannya.

“Antara pesanan terakhirnya supaya kami adik-beradik jangan bergaduh dan dia memohon maaf kepada kami.

“Dia juga sudah memaafkan kami termasuk menghalalkan susunya serta memberitahu mungkin itu kali terakhir dia menulis.

“Rupanya itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami,” katanya.

Menurutnya, Rosimah disahkan menghidap kanser lidah tahap empat April tahun lalu dan sempat menjalani dua kitaran kemoterapi dan 30 kali radioterapi.

“Mak juga sempat menjalani pembedahan membuang sebelah lidahnya, namun pada Julai tahun lalu kesihatannya mula merosot.

“Lidahnya semakin mengeras menyebabkan pertuturannya tidak jelas dan dia perlu minum susu menggunakan tiub khas selain hanya menulis dalam buku untuk berkomunikasi dengan kami di rumah.

“Muka dan matanya pula semakin membengkak sejak Disember tahun lalu,” katanya.

Katanya, dia mengambil inisiatif memuat naik status di Facebook meminta rakan kenalannya mendoakan ibunya 4 Mac lalu, selepas doktor mengesahkan tiada jalan bagi mengubati wanita itu.

“Status bagi memohon doa untuk mak saya sembuh sebagai ikhtiar terakhir kerana tidak sanggup lagi melihat mak mend3rita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang mendoakan mak termasuk mereka yang mengirimkan doa di Makkah.

“Sebagai anak meskipun sedih dengan pemergian mak, tetapi kami sekeluarga reda kerana kami tahu penderitaan mak sudah berakhir dan insya-Allah kini sedang berbahagia di sana,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mymetro via mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Buku nota ini jadi pengganti mak’ Semoga Arwah Mak ditempatkan dalam kalangan orang Beriman."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*