“Hari tu bukan dgn janna Nick ke?” – Anak Sheila Rusly Bercinta Dengan Anak Ayu Puteh?

Anak kepada pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy telah memuat naik foto bersama teman wanitanya, Wanna Ali yang merupakan anak kepada penerbit filem, Datin Normashayu Puteh.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Menerusi entri tersebut, Uzair berkongsi foto bersama ketika menghadiri majlis perkahwinan aktres Emma Maembong.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menganggap mereka adalah pasangan yang secocok serta sesuai bersama.

“Nampak sesuai sangat.

“Love..Cepat-cepat na dengan Wanna Ali..Terus ikat okay,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Hasil pemerhatian Gempak, Sheila juga sering berkongsi momen bersama Wanna melakukan aktiviti keluarga.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Hari tu bukan dgn janna Nick ke?” – Anak Sheila Rusly Bercinta Dengan Anak Ayu Puteh?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*