[Video] Parodi Meletop terbaru tak pernah mengecewakan, netizen gelak besar!

Seperti biasa apabila bersiarannya rancangan popular Meletop pada setiap Selasa di Astro Ria, selain segmen carta lagu, filem serta gosip terkini yang dinantikan penonton juga adalah segmen parodi dimana dapat menyaksikan sebuah karya yang dicipta untuk meniru dan sebagainya.

Jika pada Selasa lalu, parodi Meletop yang berjudul, Anugerah Meletop Era yang tidak lama lagi bakal menemui penonton telah viral apabila dapat melihat parodi beberapa Artis Viral Meletop.

Pun begitu, terbaru pula pada malam tadi, lagi segmen parodi yang tidak mengecewakan buat peminat apabila dapat menyaksikan selebriti yang sering membuat parodi seperti Jihan Muse, Bell Ngasri dan turut ada diawal video kemunculan Shiha Zikir.

Parodi Meletop terbaru cuit hati ramai

Oleh kerana, pada kali ini antara tetamu jemputan Meletop adalah pelakon-pelakon filem Bulan & Pria Terhebat, jadi parodi terbaru kali ini merupakan mengenai filem berkenaan.

Seperti yang diketahui, filem Bulan & Pria Terhebat merupakan hasil lakonan daripada Maya Karin, Zahirah Macwilson, Zizan Razak dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem itu dan Bell Ngasri juga turut ada!

Tidak disangkakan juga, Bell Ngasri turut melakukan parodi dalam filem terbaru lakonannya itu sehinggakan ramai gelak besar gara-gara dirinya.

Reaksi netizen

 

Untuk pengetahuan, filem terbaru ini merupakan arahan daripada Ghaz Abu Bakar dan difahamkan juga, Bulan & Pria Terhebat ini bakal ditayangkan mulai 12 Mac ini.

Sumber: YouTube Meletop

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[Video] Parodi Meletop terbaru tak pernah mengecewakan, netizen gelak besar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*