Misteri! Anak pengasas Dnars terima kejvtan al-Quran di KB, sejambak bunga ros di KL – “

“SEKALI lagi parcel ‘orang misteri’. Terima kasih, walaupun awak misteri, tapi awak sedang menyedarkan saya.”

Demikian coretan ringkas anak sulung kepada usahawan komestik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad menerusi aplikasi Instagram Story, bersama foto senaskhah al-Quran dengan bahagian kulit dicetak namanya sendiri. 

Bercakap kepada mStar, Iqbar Hakim Jasman berkata, dia menerima bungkusan yang mengandungi senaskhah al-Quran itu daripada pengirim yang tidak dikenali, pada Isnin.

Namun, hadiah al-Quran itu menimbulkan tanda tanya pemuda berusia 21 tahun itu, apabila bungkusan berkenaan dihantar ke alamat kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Iqbar memberitahu pemberi senaskah al-Quran itu daripada seorang wanita.

“Selama ini sebarang penghantaran atau pemberian daripada mana-mana pihak, akan dihantar ke alamat pejabat kami di Kota Bharu. Memang itu alamat surat-menyurat.

“Tak pernah saya dapat barang yang dihantar terus ke rumah, ia adalah pertama kali. Saya lebih t3rkejut apabila bungkusan itu mengandungi senaskhah al-Quran dengan kulitnya dicetak nama saya sendiri,” katanya kepada mStar.

aiIqbar yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dnars berkata, tiada butiran nama pengirim melainkan ia dikirim dari Kedah dan nombor telefon dipercaya milik seorang wanita.

“Saya ada minta pembantu peribadi (PA) call nombor tu, dan yang jawab adalah seorang wanita. Bila ditanya pasal bungkusan tu, wanita tu kata ya.

“Tapi bila ditanya siapa dia, terus panggilan dim4tikan. Dan panggilan tidak dijawab lagi selepas itu. Saya tak tahu siapa pengirimnya, memang ‘orang misteri’,” katanya.

Sejambak bunga ros dan senaskhah al-Quran yang diterima Iqbar.

Iqbar mengakui hatinya begitu tersentuh dengan pemberian al-Quran tersebut yang menyedarkannya agar mendekatkan diri kepada tuhan.

“Pemberian itu mengingatkan saya tentang kealpaan. Walaupun misteri, ia benar-benar menyentuh hati saya. Kepada pemberi al-Quran ini, saya mengucapkan terima kasih,” katanya yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik.

 

Pemberian itu mengingatkan saya tentang ke4lpaan. Walaupun misteri, ia benar-benar menyentuh hati saya. Kepada pemberi al-Quran ini, saya mengucapkan terima kasih.

IQBAR

Iqbar bagaimanapun mended4hkan ia bukanlah satu-satu hadiah yang dihantar oleh ‘orang mist3eri’ kerana dia turut menerima sejambak bunga ros pada minggu lalu.

“Saya terima sejambak bunga ros yang diletakkan di atas kereta saya, di kawasan parkir di kediaman saya dekat Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Selain perniagaan, Iqbar mahu memberi tumpuan kepada keluarganya.

“Tiada kad ucapan, apatah lagi nama pengirim. Saya cuma diberitahu oleh pengawal keselamatan yang ada orang hantar melalui khidmat penghantaran.

“Apa yang mengejutkan saya, macam mana ‘orang misteri’ tu boleh tahu kediaman saya di Kuala Lumpur, siap tahu kat mana saya letak kereta,” ujar anak kelahiran Kelantan ini sambil menambah tiada petunjuk mengenai pengirimnya.

Dia bagaimanapun menganggap ia sekadar pemberian daripada secret admirer dan hanya akan mengambil tindakan sekiranya mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

“Bukan setakat wanita nak berkenalan dengan saya, malah ada yang berani hantar mesej kat saya nak meminang saya. Hati saya belum terbuka untuk terima seseorang dalam hidup saya,” katanya.

4rw4h ibu Iqbar mempunyai pesanan mengenai soal jodoh.

Menurut Iqbar, buat masa ini, dia mahu menumpukan kepada perniagaan yang ditinggalkan oleh 4rw4h ibu, dan menjaga keluarganya terutama adik-adik.

“4rw4h Mami (Allahyarham Faziani) berpesan sebelum beliau meninggal, kalau hati sudah terbuka untuk terima seseorang, carilah wanita yang boleh pikul tanggungjawab.

“4rw4h Mami seorang yang cukup simple, tak cerewet siapa pilihan hati saya. Cuma 4rw4h pesan, biarlah wanita itu terima saya seadanya, boleh jaga saya dan adik-adik, serta faham kerjaya saya,” katanya.

Allahyarham Faziani meninggal dunia selepas terbabit dalam kem4lang4n apabila kereta yang dinaikinya merempuh sebuah lori pada Mei 2019.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Misteri! Anak pengasas Dnars terima kejvtan al-Quran di KB, sejambak bunga ros di KL – “"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*