9 lagi positif Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 158 kes

Sebahagian para pelancong yang tiba daripada Satun, Thailand memakai topeng muka dan menjalani imbasan suhu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk Jeti Penumpang Antarabangsa Kuah di Langkawi. Foto Bernama

MALAYSIA mencatatkan sembilan kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 158 kes.

“Salah satu kes baharu mempunyai kaitan dengan perhimpunan agama di Sri Petaling,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan mereka yang menghadiri majlis tersebut.

“Sekiranya ada yang hadir, sila hubungi talian hotline CPRC atau pejabat kesihatan daerah berhampiran,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memberitahu bahawa enam pesakit dibenarkan pulang, pada Khamis.

Setakat ini, seramai 32 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari beberapa hospital di negara ini.

The Star

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "9 lagi positif Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 158 kes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*