Fattah Amin pernah ada ‘band’ ketika zaman kolej

BIARPUN sering menerima kr1tikan ketika menceburkan diri dalam bidang nyanyian, pelakon Fattah Amin berkata, kerjayanya sebagai seorang penyanyi bukan sekadar suka-suka.

Fattah menegaskan dia serius bergelar penyanyi dan pernah mempunyai kumpulan sendiri ketika zaman persekolahan.

“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius! Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya saya serius menyanyi.

“Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri. Cuma ketika awal menyertai pentas seni, rezeki lakonan yang datang dulu” katanya.

Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 30, ini melancarkan single baharunya bertajuk Bebas pada Jumaat.

Fazura beri inspirasi kepada Fattah Amin. 

Bercakap mengenai lagu berkenaan, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini berkata, Bebas membawa maksud kebebasan daripada masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat.

Tambahnya, sikap positif yang sering ditunjukkan isterinya iaitu pelakon Nur Fazura Sharifuddin sedikit banyak memberi inspirasi kepada lagu tersebut.

Saya minat menyanyi cuma ketika awal menyertai pentas seni, rezeki lakonan yang datang dulu.

FATTAH AMIN

PENYANYI DAN PELAKON

“Tak dinafikan lagu Bebas banyak mengambil inspirasi daripada isteri saya. Dia sendiri memang sudah lama menyebarkan elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial. 

“Apabila saya menjadi suaminya, inspirasi itu jadi bertambah dekat dalam diri. Kalau perasan sebelum ini pun dia ada menyebarkan elemen positif menerusi lagu Sayangi Dirimu,” katanya lagi.

Sementara itu, Fattah berkata, dia mahu keluar daripada zon selesa dengan menyanyikan lagu-lagu yang tiada unsur romantik.

“Sebelum ini lagu saya terarah kepada elemen romantik dan cinta. Sampai bila saya nak terus selesa menyanyi lagu berkonsep cintan-cintun.

“Lagu ini saya sifatkan sebagai hadiah dan cara saya sumbangkan nasihat dan panduan menaikkan semangat yang hilang  untuk peminat dan penyokong,” katanya lagi.

Lagu Bebas sudah boleh didengari di semua platform streaming.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia terbabit dalam proses pemilihan melodi dan bunyi untuk lagu karya komposer Helen Yap ini.

“Saya teruja dan pada masa sama terharu kerana dapat terbabit sama dalam proses pembikinan lagu ini. 

“Bukan hanya sekadar menyanyi, saya juga terbabit dengan pemilihan melodi serta bunyi untuk lagu bersama dengan komposer Helen Yap.

“Malah untuk video muzik pun saya mencurahkan idea, konsep dan isi cerita dalam muzik video ini. 

“Awalnya pihak produksi video muzik ada idea jalan cerita mereka sendiri. Namun akhirnya jalan cerita saya yang menjadi tunjang penceritaan,” katanya.

Lagu dan muzik video Bebas sudah boleh didengari di semua platform streaming dan Youtube bermula Jumaat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Fattah Amin pernah ada ‘band’ ketika zaman kolej"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*