Uncle Kentang Lancar ‘Dapur Umum’ Kedua Di Puchong, Beri Makanan Percuma Untuk Orang Svsah

AKTIVIS kemanusiaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang telah melancarkan satu lagi inisiatif baharu buat mereka yang kelaparan dan tidak berkemampuan untuk membeli makanan.

Hari ini, beliau mengumumkan di Facebooknya tentang projek Dapur Umum buat cawangan yang kedua, kali ini bertempat di Restoran Chef Gemok (RCG), Bandar Bukit Puchong, Selangor.

TIADA SEMPURNA IMAN MU KETIKA KAMU PERGI TIDUR, ANAK ANAK JIRAN MU DALAM KELAPARAN….

Hasil dari ayat di atas kita sediakan dapur umum. Chef Gemuk Restoran di Bukit Puchong, (depan pejabat pos bukit Puchong ) sediakan 4 menu yang cukup enak bagi mereka yang lapar dan tiada duit untuk makan. KALAU KITA SEDEKAH, KITA BUKAN BAGI CINCAI KAMU MAKAN.

Kami bagi yang terbaik. Yang lazat dan enak. SEDEKAH BUKAN LEPASKAN BATUK DI TANGGA. Sedekah tak ada cin cai kasi punya. Kita kasi terbaik. Marilah wahai kamu yang lapar dan tiada ada duit.

Jangan titiskan air mata merenung wajah wajah anak mu yang lapar. Kita sedia membantu anda dengan ikhlas. Call saya 018 2683999 dan kamu boleh tah pau 2 bungkus untuk beri pada anak kamu makan. JANGAN BIAR ANAK KAMU LAPAR LAGI. Musim coronavirus ramai income/ rezeki terbantut bantut. Kita sediakan makanan untuk anda. Jangan susah hati, kita ANAK MALAYSIA.


Uncle Kentang (kiri) bergambar kenangan bersama pemilik Restoran Chef Gemok (RCG) baru-baru ini. Gambar: unclekentang.com

Difahamkan, inisiatif tersebut dilaksanakan ekoran kejayaan Dapur Umum pertama di Puchong Perdana yang telah mula beroperasi pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Menurut kenyataan dalam unclekentang.com, RCG bersetuju untuk menyediakan beberapa menu khas bagi mereka yang kurang berkemampuan, khususnya yang tinggal berdekatan dengan Bandar Bukit Puchong.

Operasinya akan bermula dalam masa yang terdekat.

“Mereka hanya perlu datang ke RCG, isi borang dan makan.

“Kita mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai agar sama-sama dapat merealisasikan usaha murni ini bagi membantu mereka dalam kelaparan,” jelas kenyataan tersebut.

Semoga projek Dapur Umum kedua tersebut mampu membantu ramai lagi rakyat yang memerlukan agar mereka tidak lagi terpaksa mengikat perut dan kelaparan.

Terima kasih Uncle Kentang. Terima kasih rakyat Malaysia!

Sumber: Facebook, unclekentang.com

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Siakapkeli

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Uncle Kentang Lancar ‘Dapur Umum’ Kedua Di Puchong, Beri Makanan Percuma Untuk Orang Svsah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*