Impian pesakit Covid-19

Wuhan: Selepas sebulan dikvarantin di hospital di sini, akibat j4ngkitan Covid-19, seorang pes4kit menyatakan hasrat mahu menyaksikan matahari terbenam.

Lapor Hindustan Times, hasrat lelaki berusia 87 tahun itu disuarakan kepada doktor berusia 20-an sebelum imbasan CT dilakukan kepadanya.

Sekeping foto menyaksikan warga emas itu yang berada di atas katil menikm4ti panorama matahari terbenam bersama doktor muda dari Shanghai itu.

Foto berkenaan yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @chenchenzh meruntun hati dan menyentuh emosi warganet.

Menurut keterangan dikongsikan @chenchenzh, warga emas itu dimasukkan ke hospital berkenaan, sejak sebulan lalu.

“Lelaki itu bertanya sama ada dia boleh berhenti sekejap untuk melihat matahari terbenam.

“Doktor berkenaan membenarkannya. Mereka menikm4ti detik itu bersama,” kata pemilik akaun itu.

Hantaran berkenaan menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi warganet.

Seorang warganet menulis: “Ini betul-betul menggembirakan! Petugas perubatan adalah wira!”

Seorang lagi pengguna media sosial berkata, foto dan suasana yang indah.

“Saya harap anda buat album foto untuk semua gambar menyentuh hati dari China.

“Ini adalah berita pertama yang saya baca hari ini. Saya harap warga emas itu cepat sembuh,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber :MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Impian pesakit Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*