[VIDEO] Kundang Peribadi Raja Permaisuri Agong peluk Islam

ISTANA negara mencatat peristiwa bersejarah apabila Kundang (Pembantu) Peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk Islam di Surau Utama Istana Negara hari ini.

Majlis Pengislaman Kundang (Pembantu) Peribadi, Cik Cristine atau nama Islamnya Nur Shakira itu berlangsung dalam suasana ringkas.

Proses pengislaman itu disaksikan anakanda Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatulla, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pegawai istana.

Sebaik Cristine mengucapkan kalimah dua syahadah, Tunku Azizah dilihat menitis air mata.

Peristiwa itu dikongsi Zulkifli di Facebooknya hari ini yang memberitahu majlis itu berlangsung dalam suasana yang ringkas dan penuh kesyahduan.

“Menjunjung kasih Tuanku atas usaha dakwah yang dilakukan di dalam Istana. Dirgahayu Tuanku,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Kundang Peribadi Raja Permaisuri Agong peluk Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*