“Masih Terkinja-Kinja Atas Pentas, Malu Nak Mengaku Dah Bertudung” – Sharifah Shahira

lakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahira malu mengaku dirinya sudah bertudung kerana masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Saya akui memang ramai yang puji saya bertudung tapi saya tak mengaku kerana lepas balik umrah kita cuba perlahan-lahan dekatkan diri dengan agama.

“Tak perlu nak kata dah bertudung, sebabnya kita masih terkinja-kinja atas pentas. Malu nak kata dah pakai tudung sebab nanti orang kata perangai masih tak senonoh.

“Lagipun tudung ada banyak kat rumah, jadi kita pakai sajalah…benda ada buat apa nak simpan.

“Alhamdulillah, kelurga dan kawan-kawan pun doakan yang baik-baik saya cuba perlahan-lahan” katanya.

Dalam pada itu katanya, ramai yang mencadangkan agar dia membuka saluran YouTube sendiri kerana sering berkongsi perkembangan keluarga di Instagram (IG).

Namun, disebabkan kekangan masa Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera membataskan dia untuk berbuat demikian.

“Ada yang suruh buka saluran YouTube sebab saya kongsi kehidupan keluarga yang kelakar, tapi tak sempat lagi.

“Dah taka da orang nak bagi job saya share dekat IG je lah,” ujarnya

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: mStar Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Masih Terkinja-Kinja Atas Pentas, Malu Nak Mengaku Dah Bertudung” – Sharifah Shahira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*