Zizi Kirana paran0id dengan Covid-19

PENYANYI Zizi Kirana memutuskan untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti di khalayak ramai selain menangguhkan segala jadual promosi serta persembahan awamnya sepanjang bulan ini dan April.

Zizi berkata, dia tidak terkecuali berdepan kebimbangan besar disebabkan penularan wabak Covid-19 yang merisikokan dirinya terded4h kepada sebarang jangkitan.

“Untuk dua bulan ini, saya putuskan untuk tidak membuat sebarang promosi dan persembahan terutama yang membabitkan khalayak awam. Syukur, penganjur juga mengambil langkah itu, justeru banyak jemputan tawaran ditunda.

“Saya tidak menafikan agak paranoid juga apabila situasi wabak Covid-19 semakin membimbangkan. Nak bersalam pun serba-salah dan untuk keluar ke khalayak ramai juga ragu-ragu,” katanya.

Penyanyi lagu Eh itu bagaimanapun tidak merasa ralat apabila jadualnya kembali kosong sepanjang dua bulan ini sebaliknya melihat situasi itu sebagai satu hikmah.

“Tak rasa ralat langsung sebaliknya bersyukur diberikan ruang untuk berehat selain mengutamakan keselamatan. Saya pun memang perlukan masa rehat selepas tidak berhenti bekerja.

“Bagaimanapun, saya masih akan menunaikan tanggungjawab terhadap tawaran seperti penggambaran kecil. Selebihnya, saya akan duduk di studio saja untuk buat rakaman lagu,” katanya.

Zizi juga terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Sabah buat sementara waktu.

“Sebenarnya saya teringin pulang ke Sabah berjumpa keluarga dan menenangkan fikiran. Tapi saya jadi risau pula dengan keadaan sekarang bahkan mahu ke lapangan terbang pun saya ragu-ragu,” katanya.

Terdahulu, Zizi mengumumkan di Instagram bahawa dia terpaksa menangguhkan semua aktiviti seninya sepanjang Mac dan April ke tarikh yang belum ditentukan. Keputusan itu dibuat disebabkan kebimbangan terhadap wabak Covid-19.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Zizi Kirana paran0id dengan Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*