Adik Raisha sudah tiada.. Tujuh hari menjalani proses pemindahan hati di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India.

KUALA TERENGGANU – Bayi berusia lapan bulan yang menghidapi peny4kit hati kronik (Biliary Atresia), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan men1nggal dunia malam tadi selepas tujuh hari menjalani proses pemindahan hati di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India.

Bayi sulung kepada pasangan Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 27, dan Siti Nur Amira Ibrahim, 27, mengh3mbuskan nafas terakhir jam 10.18 malam tadi (waktu India) di pangkuan bapanya.

Tuan Muhammad Shahrul Azlan berkata, bayinya yang menerima hati daripada isterinya pada 7 Mac lalu mengalami komplikasi ketika pemb3dahan kali ketiga yang dilakukan Khamis lalu (12 Mac).

“Raisha buat pembedahan pemindahan hati, Sabtu lalu. Sehari selepas itu (Ahad) dia terpaksa dib3dah kali kedua disebabkan terdapat saluran tersumbat (portal vein) menyebabkan d4rah tidak boleh melalui hati.

“Malangnya selepas pembedahan kali kedua dilakukan, badan dia membe3gkak. Apabila dirujuk kepada doktor, mereka beritahu air tidak dapat keluar dari badan Raisha.

“Khamis lalu, jam 7 malam keadaan menjadi agak kelam kabut dan doktor maklumkan Raisha perlu masuk dewan bedah lagi mungkin akibat saluran hati terlalu sempit menyebabkan air tidak dapat dikeluarkan.

“Tepat jam 7.30 malam waktu India (10 malam waktu Malaysia) sekali lagi Raisha terpaksa di tolak ke bilik bedah buat kali ketiga untuk membaiki saluran pada hatinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, selepas berjaya menjalani pembedahan kali ketiga, keadaan bayinya agak kritikal.

“Doktor maklumkan pembedahan itu berjaya, malangnya Raisha mengalami kompl1kasi (j4ngkitan kvman) dan tidak sedarkan diri selama 17 jam bermula jam 5 pagi serta terpaksa bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.

“Segala yang diimpikan mvsnah. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Raisha men1nggal dunia tepat jam 10.18 malam semalam dalam pelukan saya,” katanya.

Katanya, dia kini berusaha mengumpul sebanyak RM10,000 untuk proses membawa pulang jen4z4h bayinya ke Kampung Limbongan, Besut malam ini atau selewat-lewatnya pagi esok.

Muhammad Shahrul Azlan bersama bayinya, Tuan Nur Raisha Mikayla; isteri, Siti Nur Amira dan ibu mentua, Rusnani Awang, 60, tiba di India pada 28 Februari lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bayi Raisha memerlukan kos sebanyak RM160,000 untuk menjalani proses pemindahan hati di India.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Kulihatlangitbiru

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Adik Raisha sudah tiada.. Tujuh hari menjalani proses pemindahan hati di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*