Tak Sangka Rupanya Buah Hati Mira Filzah Adalah Anak Kepada Timbalan Menteri Yang Baru Dilantik

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek dan cerita sebelum ini dilaporkan dari media Awani yang pihak Emir sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu. Mereka dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Pihak media difahamkan, hari bahagia pasangan itu, yang sehingga kini masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka, akan diadakan di ibu negara.

” Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada Astr0 AWANl pada Rabu.

Gosip terbabit dikuatkan lagi apabila pasangan ini hadir buat pertama kalinya di hadapan umum sewaktu majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah. Pasangan ini sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain. Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Bagaimanapun sehingga kini Mira masih kekal dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

Anak lelaki Datin Mastura

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Bapanya pula merupakan bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyrham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu mninggaI dnia akibat tr4gedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.

Datin Mastura binti Mohd Yazid baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas dalam barisan kabinet baharu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari 2016.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Beliau sering membantu suaminya Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad melakukan kerja amal dan bakti untuk masyarakat Kuala Kangsar. Selain itu, Mastura juga bergiat aktif sebagai ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).

Pada 2016, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar setelah kemenangannya semasa pilihan raya kecil. Ini berikutan kem4tian suaminya yang juga ADUN Kuala Kangsar.

Berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984, Datin Mastura telah melanjutkan pelajaran ke Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London pada tahun berikutnya.

3 tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa. Pada 2013, beliau mendapat Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia.

Datin Mastura memulakan kerjaya beliau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara pada tahun 1986. Beliau juga merupakan seorang penterjemah sejak tahun 2007.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: astroawani 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tak Sangka Rupanya Buah Hati Mira Filzah Adalah Anak Kepada Timbalan Menteri Yang Baru Dilantik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*