Pasangan ‘tak pernah berenggang’ dijemput selang dua hari di Madinah, anak bongsu dapat 2 ‘kejutan’… awal pagi dan selepas solat hajat

 

“BOLEH dikatakan selalu sangat saya mimpikan 4rw4h kedua-dua abah dengan ma… hanya dalam mimpi sajalah yang dapat mengubat perasaan rindu nak menatap wajah mereka.”

Demikian kata seorang gadis yang meluahkan rasa sed1h ekoran kehilangan ibu dan bapanya, hampir tiga bulan yang lalu.

Apa yang menyedihkan, gadis ini tidak berpeluang menatap wajah insan kesayangannya buat kali terakhir kerana kedua-duanya menghembuskan nafas yang terakhir di bumi Madinah.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Aininazirah Ismail berkata, ibu dan bapanya, Ruhani Dollah dan Ismail Latif, berangkat menunaikan umrah pada 14 Disember tahun lalu bersama tiga ahli keluarga yang lain.

“Masa pergi, kedua-duanya dalam keadaan yang sihat walafiat. Malah mereka sangat gembira dan teruja kerana berpeluang jejakkan kaki ke tanah suci buat kali pertama.

“Ketika kami adik beradik hantar mereka ke lapangan terbang, hati saya macam tidak berapa sedap kerana terpaksa berjauhan lama. Saya anak bongsu daripada 10 adik beradik. Memang anak manja mereka dan tak pernah berpisah lama.

“Tak sangka, itulah kali terakhir kami menatap wajah mereka. Lagi pula, tiada tanda-tanda yang mereka akan ‘pergi’. Abah hanya pesan kepada kami adik beradik, duduk elok-elok, jaga rumah… itu sahaja,” kata gadis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Ibu dan bapa kepada gadis ini sememangnya tidak pernah berenggang dan sering bersama. 

Ceritanya lagi, 4rw4h bapanya bagaimanapun mula berasa tidak sihat selepas beberapa hari tiba di Makkah.

“Tiga atau empat hari selepas tiba di Makkah, abah demam… tapi masa itu dia sempat selesaikan umrah dah. Lepas abah dem4m, ma pun dem4m juga. Masa itu lagi dua hari nak berangkat ke Madinah.

“Bila sampai di Madinah, abah masih dem4m dan dia tak dapat pergi ke Masjid Nabawi sebab masih lemah, tapi ma dah sihat sikit dan boleh pergi masjid. Pada 23 Disember, waktu Subuh, abah akhirnya hembuskan nafas yang terakhir.

“Masa tu saya ingat lagi, tiba-tiba saya terjaga awal pagi tu. Dalam pukul 11 pagi waktu Malaysia, dapat berita abah dah tak ada. Masa itu nak percaya dengan tak percaya, sama banyak je… tapi kami reda,” ujarnya.

 

Saya dan adik beradik lain tunggu ma balik,  sepatutnya tiba di Malaysia pada 26 Disember. Berharap nak peluk cium ma, tapi tak kesampaian… ma pergi ikut abah.

NUR AININAZIRAH ISMAIL

ANAK

Menurut gadis ini, selepas pemergian bapanya, keadaan kesihatan ibunya semakin merosot.

“Kami adik beradik hanya mampu berikan kata-kata semangat dekat ma… suruh dia jangan lupa makan ubat. Dalam masa yang sama, kami di sini turut buat solat hajat mendoakan kesihatan ma.

“Pada 25 Disember iaitu dua hari selepas abah pergi, ma turut menyusul… Sama macam 4rw4h abah, ma meninggal dunia waktu Subuh di Madinah. Kalau ikutkan, hari tu 4rw4h ma sepatutnya berangkat pulang. Saya dapat berita daripada sepupu pukul 2.00 petang waktu Malaysia.

“Saya masa tu baru sahaja selesai menunaikan solat hajat untuk kesihatan ma di masjid. Sedang bersembang-sembang dengan jemaah wanita yang lain, tiba-tiba dapat berita pasal ma… terus menangis di situ.

Nota catatan allahyarham Ismail yang ditulis untuk dibacakan di hadapan Kaabah.

“Saya dan adik beradik lain tunggu ma balik, sepatutnya tiba di Malaysia pada 26 Disember. Berharap nak peluk cium ma, tapi tak kesampaian… ma pergi ikut abah,” ujarnya dalam nada sedikit seb4k.

Kata gadis ini, ibu dan bapanya memang tidak pernah berenggang sepanjang tempoh 42 tahun perkahwinan mereka.

“Abah dan ma memang selalu pergi ke mana-mana bersama-sama. Buat semua benda pun bersama-sama. Mungkin ada hikmahnya mereka ‘dijemput’ bersama-sama.

Nur Aininazirah reda dengan pemergian ibu dan bapanya, sungguhpun terk1lan tidak berpeluang mencium dan menatap mereka buat kali terakhir. 

“Hampir tiga bulan mereka pergi, kami reda tapi perasaan sed1h tetap ada. Melihat barang-barang kepunyaan mereka, bilik mereka… air mata pasti mengalir. Saya pula anak bongsu, jarang berpisah lama… berpisah sehari pun rindu, inikan pula selama-lamanya.

“Gambar-gambar serta nota 4rw4h abah dan ma semasa di tanah suci menjadi pengubat rindu. sed1h dan rindu tak boleh nak diceritakan… apatah lagi tak berpeluang tatap wajah mereka, peluk mereka dan cium mereka buat kali terakhir.

“Tapi apabila ramai yang mengatakan 4rw4h ma dan abah beruntung kerana dijemput di tanah suci ketika umrah, itu yang membuatkan saya kuat semangat. Pada mereka yang masih ada ibu dan bapa, hargailah mereka selagi hayat masih ada sebab kita tak tahu bila ajal kita,” katanya lagi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pasangan ‘tak pernah berenggang’ dijemput selang dua hari di Madinah, anak bongsu dapat 2 ‘kejutan’… awal pagi dan selepas solat hajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*