Covid-19: Kita dalam fasa pembendungan akhir – Menteri kesihatan

Menteri Kesihatan Adham Baba memaklumkan Malaysia kini memasuki fasa pembendungan akhir wabak Covid-19.

“Kita ada fasa onset, kita ada fasa containment (pembendungan), late containment dan terakhir fasa mitigation.

“Jadi kita sekarang ini dah masuk late containment (pembendungan akhir) kerana kes kita dapat terbaru sebanyak 428 kes kini kia dah masuk late containment dan ini kita perlu buat satu tindakan drastik,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan di Facebook.

Jelasnya, kerajaan akan menggunakan undang-undang “di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berjangkit 1988.”

“Kita akan ambil tind4kan. Pasti. Saya nak kata perkataan menjejaki – memburu mereka,” tegas Adham lagi.

Wabak Covid-19 bertambah buruk susulan jangkitan yang dikaitkan dengan himpunan tabligh di Sri Petaling di Kuala Lumpur.

Seramai 16,000 orang hadir perhimpunan selama empat hari bermula 27 Feb lalu. Dianggarkan 14,500 peserta perhimpunan itu terdiri daripada rakyat Malaysia sementara 1,500 lagi ialah warga asing.

Kementerian Kesihatan cuba mengesan para peserta tetapi tidak semua yang memberikan kerjasama.

Seksyen 15 (1) akta itu menyatakan,”seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membah4yakan orang ramai.”

Seksyen 15(2) pula membenarkan “seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.”

Tiada seksyen khusus menyediakan penalti tertentu tetapi Seksyen 24 akta itu memperuntukkan:

“Kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

“…kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

“…berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.”

Hari ini, sejumlah 190 kes baru C0vid-19 di Malaysia direkodkan, peningkatan jangkitan tertinggi dalam masa 24 jam sejak awal wabak ini dilaporkan pada akhir Januari.

Adham berkata sebahagian besar k3s baru ini dikesan berkaitan dengan perhimpunan Tabligh di Sri Petaling.

Tiga hari lalu, Adham berkata Malaysia berada pada tahap pembendungan awal C0vid-19.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Malaysiakini

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Covid-19: Kita dalam fasa pembendungan akhir – Menteri kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*