“Doakan Papa” – Norzizi Zulkifli Mohon Semua Doakan Kesihatan Bapa

Pelakon dan pengarah Dr Norzizi Zulkifli memohon semua pihak mendoakan kesihatan bapanya, seniman Datuk Zulkifli Zain.

Zizi menerusi satu kiriman Whatsapp memberitahu kesihatan bapanya semakin mer0sot selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat j4ngkitan kvman dalam d4rah dan m4salah buah pinggang.

“Saya memohon semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan buat papa saya, Datuk Zulkifli Zain.   “Kesihatannya sejak tiga hari ini agak tidak stabil dan tindak balasnya agak kurang.”Sekiranya, ada yang hendak melawat, dialu-dialukan dan amat dihargai,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Norzizi Zulkifli ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Bagaimanapun Norzizi faham sekiranya tidak ramai yang datang melawat kerana kebimbangan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19.

“Kami tak harapkan apa-apa. Kami faham situasi sekarang. Kami cuma ingin memaklumkan kondisi terkini papa, semoga dengan doa dari semua dapat memberi kesembuhan buat papa.

“InshaaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Tragedi Sri Mersing ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar.

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada j4ngkitan kvman dalam d4rah dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan berm4salah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Doakan Papa” – Norzizi Zulkifli Mohon Semua Doakan Kesihatan Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*