[FOTO] Majlis Kahwin ‘Drive-Thru’ C0vid-19, Stop Kereta Ucap Tahniah & Ambil Makanan Je

Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap perancangan bakal pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini. Jadi untuk meraikan juga hari bahagia mereka, pasangan pengantin ini telah memilih satu tema yang sangat rare dan sesuai dengan situasi masa kini.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pangguna Facebook, Dinas Bridal memaparkan pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan idea yang sangat kreatif dan unik. Pasangan pengantin, Ikin dan Mon menggelarkan tema majlis perkahwinan mereka sebagai ‘Drive-Thru’ kerana tetamu yang menghadiri majlis tersebut hanya berada dalam kereta dan tidak memerlukan mereka untuk berkumpul beramai-ramai.

Malah, pasangan pengantin dan tetamu hanya meletakkan tangan didada sebagai salam hormat dan mereka tidak perlu bersentuhan dan berjabat tangan dengan para tetamu yang hadir.

Pasangan pengantin ini juga telah menyediakan satu kotak yang dilabelkan sebagai ‘Tabung Sumbangan’ dan diletakkan di hadapan pelamin. Sekiranya para tetamu yang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada pasangan pengantin ini, maka mereka akan memasukkan wang tersebut ke dalam kotak berkenaan.

Pasangan pengantin ini juga akan memberikan bungkusan makanan kepada para tetamu yang hadir.

Sumber: Dinas Bridal, Zenuz Production

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Ohbulan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Majlis Kahwin ‘Drive-Thru’ C0vid-19, Stop Kereta Ucap Tahniah & Ambil Makanan Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*