Perniagaan Paling Laku, Harga ‘Facemask’ Kini…

Sejak penularan virus COVID-19 yang semakin merisaukan, membuatkan perniagaan yang sekarang tengah ‘laku keras’ adalah penutup hidung dan mulut, penjualannya pun semakin mendapat permintaan tinggi.

Harga yang dulu tidak sampai RM1, kini mendadak naik sehingga ada yang menjual dengan harga yang tidak masuk akal, tidak kiralah di farmasi atau secara dalam talian.

Baru-baru ini, berita telah melaporkan sebuah farmasi di Selayang telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 atas kesalahan menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan.

Hasil siasatan mendapati, farmasi tersebut menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-ply dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen sekeping.

Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan, terdapat juga kes penipuan yang melibatkan penjuakan penutup muka dan hidung dalam talian.

Penipuan itu dilakukan penjual menerusi media sosial dengan menunjukkan gambar produk bagaimanapun selepas tempahan dan pembayaran dibuat barangan berkenaan tidak sampai ke tangan pembeli.

Ini hasil tangkapan yang dibuat di Farmasi, tetapi jika tengok pula harga yang dijual oleh peniaga online sebenarnya tiga kali ganda lebih mahal daripada biasa.

Tapi nak buat macam mana, demi kesihatan diri dan nyawa terpaksa juga beli, yang mana berduit syukurlah, namun bagaimana pun golongan f4kir miskin, pasti susah untuk mereka mendapatkannya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber:Harian Metro & Astro Awani

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Perniagaan Paling Laku, Harga ‘Facemask’ Kini…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*