‘Keadaan Tidak Terkawal, Arahan Mengisi Borang Ditarik Balik’ – Ketua Polis Negara

Petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memaklumkan kepada orang ramai agar mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung. Malam ini menyaksikan orang ramai mula berpusu-pusu ke balai polis berhampiran menyebabkan kesesakan luar biasa.

Terbaru, Ketua Polis Negara menarik balik arahan untuk mendapatkan kebenaran susulan dari keadaan tidak terkawal.

Boleh buat pergerakan tanpa isi borang

Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.

Menerusi Astro Awani, Ketua Polis Negara mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.

Orang ramai panik

 foto dikongsi di media sosial menimbulkan kebimbangan orang ramai apabila sudah diberi amaran agar tidak menghadiri sebarang aktviti melibatkan orang ramai. Namun, malam ini menyaksikan ramai yang berkumpul di balai polis semata-mata untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung. Sudah ditegaskan sebelum ini, bahawa kebenaran pulang ke kampung adalah kerana perkara penting tidak dapat dielakkan.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Ohbulan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Keadaan Tidak Terkawal, Arahan Mengisi Borang Ditarik Balik’ – Ketua Polis Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*