Pengalaman terbvruk… Mangsa C0vid-19 kongsi Pengalaman Dikvarantin, Paling cemas bila…

PENULARAN wabak Covid-19 dan kes yang semakin meningkat membuatkan ramai yang panik.

Apatah lagi Malaysia kini menjadi negara tertinggi yang mencatatkan kes positif koronavirus di rantau Asia Tenggara.

mStar berpeluang untuk menemubual seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 pada 4 Mac lalu tetapi kini sudah semakin pulih.

Pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Hamdan itu memberitahu walaupun masih dikuarantin, dia dapat merasakan perbezaan dirinya yang beransur sihat berbanding ketika mula-mula dijangkiti wabak itu.

“Alhamdulillah saya semakin sihat berbanding minggu lalu. Saya baru sahaja menjalani saringan pertama pada Ahad dan menunjukkan keputusan negatif.

“Petang ini (Selasa) pula saya akan dapat tahu keputusan saringan kedua, sekiranya negatif, saya akan dibenarkan pulang ke rumah,” ujar pemuda berusia 31 tahun itu.

Menceritakan pengalaman ketika disahkan positif Covid-19, dia memberitahu ia merupakan pengalaman terbvruk yang pernah dilaluinya.

Pada awalnya, Hamdan yang tinggal di rumah hanya makan Panadol kerana mengandaikan ia hanya s4kit biasa namun tidak lama selepas itu dia bergegas ke hospital setelah keadaan dirinya menjadi semakin tervk.

Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19. Gambar sekadar hiasan. Foto: BERNAMA

“Saya mengalami d3mam dengan suhu yang agak tinggi iaitu 38.2 darjah Celsius dan kesukaran untuk bernafas terutamanya ketika saya menarik nafas panjang.

“Saya juga mengalami batuk yang sangat teruk dan tidak berhenti tetapi hanya batuk kering yang tidak berkahak.

“Semasa tiba di hospital, saya menjalani ujian swab hidung (nasal swab) dan doktor mendapati saya positif wabak tersebut,” ujarnya yang sudah sembilan hari dikuarantin di hospital.

Hamdan memberitahu dia pada awalnya dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan kemudian dipindahkan ke Hospital Rembau pada dua hari lalu selepas menunjukkan pengurangan simptom Covid-19.

Mengulas lebih lanjut bagaimana dia boleh dijangkiti wabak Covid-19, Hamdan memberitahu dia berjangkit daripadanya bapanya.

“Baru-baru ini, ayah saya menghadiri sebuah mesyuarat bersama kakitangan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan menyebabkan dia dan ibu saya positif Covid-19.

 

Saya mengalami demam dengan suhu yang agak tinggi iaitu 38.2 darjah Celsius dan kesukaran untuk bernafas terutamanya ketika saya menarik nafas panjang.

HAMDAN

“Namun, mereka langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sakit malah sihat seperti biasa. Mereka kini bersama saya dikuarantin di Hospital Rembau, bezanya mereka sudah 15 hari dikuarantin manakala saya pula sembilan hari,” jelas Hamdan yang memberitahu mereka tidak pernah berjumpa selepas duduk di bilik berasingan.

Dalam pada itu, Hamdan ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jurur4w4t di kedua-dua hospital yang bekerja keras dalam menjaga kesihatan pes4kit.

“Layanan yang diberikan oleh mereka sangat bagus terutamanya ketika permulaan saya dijangkiti Covid-19.

“Mujur saya dibenarkan untuk menggunakan telefon, kalau tak memang tak tahu nak buat apa semasa kvarantin tu.

“Setiap hari saya diberikan nasi, sayur dan ayam. Pada malam pula jurur4w4t akan beri saya makan buah-buahan bagi menguatkan antibodi badan. Ubat-ubatan pula saya diberikan ubat b4tuk, antibiotik dan ubat H1V,” ujar Hamdan yang memberitahu r4w4tan Covid-19 yang diterimanya adalah sama seperti digunapakai untuk wabak SARS.

Orang awam dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. Gambar sekadar hiasan.

Sementara itu, Hamdan menasihatkan orang ramai agar mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengelak daripada terkena j4ngkitan C0vid-19.

“Saya tengok di media sosial semalam ramai yang buat p4nic buying, mereka tak tahu r1siko pergi ke tempat yang ada orang ramai boleh berisiko tinggi untuk berj4ngkit.

“Wabak ni kita tak tahu siapa yang sihat atau siapa yang tidak sihat, sebab tidak ada label untuk tahu orang itu sihat atau tidak,” katanya.

Hamdan menasihati orang awam supaya mencegah daripada d1jangkiti w4bak tersebut dan menyifatkan pengalaman sebagai mangsa Covid-19 adalah sangat tervk.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pengalaman terbvruk… Mangsa C0vid-19 kongsi Pengalaman Dikvarantin, Paling cemas bila…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*