“Mereka Punya M4ki Hamvn Bernanah Telinga, Sesuai Untuk Yang Degil” – Netizen Mahu Azwan Ali & Rizalman ‘Sekolahkan’ Orang Awam!

Biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengekang wabak COVID-19, nampaknya masih ada yang tidak mematuhi arahan dikeluarkan.

Menerusi tinjauan di media sosial, masih ramai warganet berkongsi foto masyarakat yang berdegil keluar makan dan berhimpun beramai-ramai. Kecewa dengan sikap orang awam yang kalis dengan nasihat pihak atasan, sesetengah netizen tampil dengan idea yang meminta supaya pengacara Azwan Ali dan pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengambil alih tugas terbabit.

Menerusi satu posting Facebook Haslina Abu Hassan, dia menyarankan supaya kedua-dua individu ini menasihati masyarakat mengenai kepentingan ‘social distance’ susulan krisis COVID-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

pandai hangpa naa

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Bagi je Azwan Ali dan Datuk Rizalman. Sebab diorang punya maki hamun bernanah telinga kalau dengar.

“Sesuai untuk mereka yang degil dan tak mahu ikut arahan,” katanya. 

Posting berkenaan turut mendapat perhatian Rizalman sendiri yang kemudiannya memuat naik ‘screenshoot’ tersebut di Instagram miliknya.

“Pandai hangpa na,” katanya ringkas sebagai kapsyen.

Bagi Azwan pula, tinjauan Gempak di akaun Twiternya menyaksikan pengacara itu aktif memberi nasihat biarpun adakalanya perkataan digunakan sedikit kasar. Terpulang pada orang ramai untuk ‘menghadam’ nasihat sebegitu. 

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Mereka Punya M4ki Hamvn Bernanah Telinga, Sesuai Untuk Yang Degil” – Netizen Mahu Azwan Ali & Rizalman ‘Sekolahkan’ Orang Awam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*