Terkini : Ini Yang Terjadi Kpd Perhimpunan Tabligh Terbesar Di Indonesia

BERPULUH-PULUH rakyat Malaysia dipercayai telah berada di Sulawesi, Indonesia bagi menghadiri acara Ijtima of Asia 2020 di negara tersebut.

Acara berkenaan dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan l4rangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

“Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami  sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com, dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara itu.

Menurut sumber Bernama, sejumlah 83 rakyat Malaysia telah berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai

Pada 27 Februari hingga 1 Mac lepas, dilaporkan lebih 10,000 orang menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang kemudian ada antara pesertanya didapati positif Cov1id-19 dan telah menyumbang kepada peningkatan kes itu di Malaysia.

Pada 14 Mac lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu notis konsular melarang rakyat Malaysia untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar di Indonesia susulan pandemik Covid-19, termasuk menghadiri acara perhimpunan itu.- BERNAMA

Jakarta: Program Ijtimak Dunia Zon Asia 2020 yang berlangsung di Gowa, Sulawesi Selatan dibatalkan bagi mengekang penularan v1irus koronavi1rus baharu (Cov1id-19).

CNN Indonesia melaporkan, penangguhan acara itu selepas kerajaan Indonesia bekerjasama dengan tentera serta pol1is melarang orang ramai daripada berhimpun termasuk dalam aktiviti keagamaan.

Jurucakap Tentera Nasional Indonesia, Andi Simangaruka berkata, program itu juga dibatalkan selepas pihaknya berbincang dengan penganjur supaya dibatalkan.

“Mereka akan membatalkan kegiatan itu. Ini kesepakatan dengan penganjur kerana kerajaan dalam rangka pencegahan penul4ran v1irus ini. Mereka faham,” katanya.

Andi berkata, ribuan jemaah yang hadir akan pulang ke daerah atau tempat masing-masing termasuk peserta dari luar negara.

Kata Andi, di bawah koordinasi ketua daerah kepulangan jemaah akan diatur terutama dari lokasi acara di di kompleks Pesantren Darul Ulum,Bontomarannu, Gowa menuju ke pelabuhan, lapangan terbang, dan terminal.

“Esok pagi mereka kembali ke masing-masing tempat mereka. Kita menyediakan kenderaan dari lokasi ke pelabuhan atau lapangan terbang kerana tentu ada yang pulang melalui darat, udara, atau laut. Kita siapkan,” kata Andi.

Difahamkan, 6,000 peserta menyertai program itu yang datang dari serata dunia yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 22 Mac ini.

Ribuan umat Islam daripada seluruh Asia dilapor berkumpul di Indonesia hari ini di tengah-tengah kebimbangan penularan wab4k Cov1id-19.

Ia diadakan walaupun polis dikatakan cuba meminta ia dibatalkan, lapor Reuters.

“Kami lebih takutkan Allah,” kata salah seorang penganjur Mustari Bahranuddin ketika ditanya berkaitan risi1ko penul4ran w4bak itu.

Acara itu diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan.

Republika melaporkan acara dinamakan “Ijtima’ Dunia 2020 Zon Asia” itu dianjurkan oleh Jemaah Tabligh.

Menurut Reuters lagi, pegawai tempatan Arifuddin Saeni berkata dianggarkan seramai 8,695 orang telah berkumpul di Gowa dan jumlah itu dijangka akan meningkat, justeru menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk menghentikan perhimpunan tersebut.

“Masih ada yang akan datang. Ada dari Thailand, Arab, India dan Filipina,” katanya, sambil memaklumkan pegawai kesihatan akan memantau perhimpunan dan para peserta.

Mustari pula berkata, pihak penganjur sedang membuat pemeriksaan suhu terhadap semua peserta sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covi1d-19, Achmad Yurianto berkata kes positif setakat hari ini meningkat kepada 227 kes, dengan 19 korb4n.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Terkini : Ini Yang Terjadi Kpd Perhimpunan Tabligh Terbesar Di Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*