“Jangan Terpedaya” – Sheikh Muszaphar Jadi Mangsa Penipuan Iklan ‘Hand Sanitizer’?

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendakwa wajahnya telah digunakan oleh sebuah jenama cecair pembasmi kuman dan virus (hand sanitizer) tanpa pengetahuannya.

Muszaphar mended4hkan perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum

Pada masa yang sama, Muszaphar juga meminta orang masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dengan produk palsu dan menyarankan untuk membeli produk dari jenama yang dipercayai ramai sahaja.

“Jangan terpedaya, ini bukan jenama saya, dan saya bukan menjadi duta mereka, jangan mudah terpedaya dengan produk palsu di luar sana.

“Beli produk yang dihasilkan oleh jenama-jenama besar dan dipercayai sahaja untuk memastikan ianya berkesan, bukan yang menggunakan wajah selebriti ataupun jenama yang tidak diketahui,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Muszaphar juga mengatakan ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan penipuan sebegitu.

“Semestinya ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengeksploitasi sebegitu, saya hanya berkongsi maklumat,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut angkasawan ini turut tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pic – Jangan terpedaya … This is not my brand and I don’t endorse them. Don’t be tricked by many fake product out there . Only buy reliable big brands to ensure effectiveness …. not one endorsed by celebrities or unknown brand . This is surely not the time to exploit others . Salam Everyone … Just sharing …. PS – Many DM me being sold on FB and I’m giving my response …

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Apapun, buatlah pilhan bijak, amalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan sempurna dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on " “Jangan Terpedaya” – Sheikh Muszaphar Jadi Mangsa Penipuan Iklan ‘Hand Sanitizer’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*