COVID-19: Tak Perlu Pakai Topeng Muka Jika…

Penggunaan topeng muka atau ‘face mask’ hanya diwajibkan kepada petugas paling hadapan (frontliners) dan mereka yang mempunyai simptom j4ngkitan pernafasan seperti b4tuk dan sel3sema.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka yang tidak terlibat dengan tugas menjaga pesakit COVID-19 atau sihat tidak wajib memakainya, meskipun berada di tempat awam.

“Semua nasihat menunjukkan penutup mulut dan hidung sepatutnya dipakai oleh petugas paling hadapan atau bergejala seperti batuk atau selesema.

“Bagi mereka yang sihat, tidak diwajibkan memakainya sehingga menjejaskan bekalan, khususnya mereka yang memerlukan alat perlindungan diri berkenaan,” katanya di akaun Twitter, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China susulan kekurangan bekalan produk itu di pasaran tempatan.

Sumber: Astro Awani

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "COVID-19: Tak Perlu Pakai Topeng Muka Jika…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*