Elly, Jiggy Bercerai Talak Satu Sejak Januari??

Pengacara dan pelakon Elly Ariffin mengesahkan sudah berc3rai talak satu dengan pelawak Jiggy, dari kumpulan Masin.

Elly turut mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak tersebut sejak November tahun lalu.

Bagaimanapun, Elly enggan mended4hkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

“Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.

Puncanya, biarlah kami saja yang tahu. Tapi apa yang boleh saya katakan selepas tiga tahun berkahwin, kami gagal mencari persefahaman yang baik.

“Kami mula tinggal berasingan sejak November lalu. Apa alasannya, biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami,” katanya.

Dengan pengakuan itu, Elly berharap tidak pihak yang tertanya-tanya apatah lagi selepas dia mem4dam foto bekas suami itu di Instagram.

“Harap pengakuan saya dapat mengelak f1tn4h berikutan tempoh edah sudah tamat. 

Sebelum ini, saya mendiamkan diri bukan niat untuk berahsia, tapi saya mahu menghorm4ti keluarga.

“Sekarang, saya bersedia berkongsi kerana merasakan diri sudah cukup kuat untuk bercerita,” katanya.

Pengacara program HLive dan Unplugged itu mengaku perceraian bukanlah mudah.

“Tidak dinafikan perpisahan ini memberi kesan pada saya, apatah lagi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana orang duduk di rumah bersama suami dan keluarga, tapi saya tidak.

“Apatah lagi sudah tujuh tahun saya biasa bersamanya. Sekarang apabila sudah tidak bersama, memang berbeza apabila dia tiada di hadapan mata. Iyalah, siapa yang berkahwin untuk bercerai?

“Bagaimanapun, saya percaya semua yang terjadi ada sebabnya. Saya tak mahu fikir ujian ini sebagai bebanan, sebaliknya hikmah dari Allah,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Elly pernah mengalami keguguran pada September lalu.

Sebelum ini, Elly mengaku hubungan bersama Jiggy yang juga peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 dan 2018, masih baik.

Sumber: BH Online

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Elly, Jiggy Bercerai Talak Satu Sejak Januari??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*