“Hari ni pesakit depan dia meninggal, esok pagi orang katil sebelah pula”

PERASAAN yang dilalui ahli keluarga m4ngsa positif Covid-19 ketika ini mengimbau kembali kenangan seorang pemuda apabila kedua ibu bapanya dijangkiti wabak Inluenza A (H1N1) kira-kira 11 tahun lalu.

Lantaran itu, Mior Danial Ramly Mior Zaharin berkongsi kisah sed1h yang menimpa kedua-dua orang tuanya menerusi satu bebenang di Twitternya sehingga menjadi tular.

Perkongsian pemuda berusia 24 tahun itu mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan 19,700 tanda suka di Twitter.

Menurut Mior Danial, sebaik saja mengetahui kedua-dua orang tuanya dijangkiti H1N1 terutama bapanya dalam keadaan kritikal, dia berasa sangat sed1h dan tertekan.

“Bila baca berita ramai men1nggal memang waktu tu saya sangat stres sampai dua minggu tak pergi sekolah. Keadaan ayah masa tu agak kritikal.

Kedua ibu bapa Mior Danial disahkan positif H1N1 pada 2009.

“Ayah masuk ICU tiga hari. Lepas tu hari keempat doktor pindahkan ke wad orang tak ada harapan nak hidup juga selama tiga hari. 

“Hari pertama di ICU, ayah cerita pesakit depan dia meninggal dunia. Esok pagi ayah bangun orang katil sebelah pula meninggal. Bila dia cerita macam tu dekat saya, saya pun menangis,” katanya kepada mStar.

Namun pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak itu bersyukur apabila doktor mengesahkan bapanya bebas virus tersebut empat hari kemudian.

“Doktor bawa result ayah dah bebas daripada wabak tu. Doktor punya seronok sampai dia peluk ayah saya sambil menangis sebab masa tu tak ada vaksin.

“Dia (doktor) seronok sangat. Ayah saya antara mangsa berjaya pulih. Alhamdulillah ayah saya kuat semangat orangnya,” katanya.

Mengimbau kembali saat getir itu, Mior Danial berkata kedua-dua ibu bapanya mengalami gejala demam panas.

Bagaimanapun bapanya sudah meninggal dunia dua tahun lalu.

Perkongsian Mior Danial mendapat perhatian ramai di Twitter.

“Masa tu umur saya 13 tahun jadi saya pun tak aware dengan H1N1. Saya ingatkan mereka demam biasa je. Saya berilah mereka makan panadol ingatkan lepas tu OK lah tapi tak juga.

“Jadi hari kelima saya ambil keputusan telefon pakcik saya minta dia datang. Pukul 2 pagi dia call ambulans… ambulans datang ambil dan saya pun naik sekali.

 

Hari pertama di ICU ayah cerita pesakit depan dia meninggal dunia. Esok pagi ayah bangun orang katil sebelah pula meninggal. Bila dia cerita macam tu, saya pun menangislah.

MIOR DANIAL RAMLY MIOR ZAHARIN.

“Dalam malam tu juga doktor sahkan mak ayah saya kena H1N1. Saya pun kena buat saringan kesihatan sebab saya dekat dengan mereka tapi doktor terkejut saya negatif virus tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mior Danial yang juga anak tunggal menasihati ahli keluarga yang terjejas supaya kuat semangat sepanjang tempoh sukar itu.

“Pertama sekali ahli keluarga mangsa Covid-19 kena kuat semangat, banyakkan sabar, berdoa serta bertawakal. 

Gambar kenangan Mior Danial bersama 4rw4h ayahnya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

“Ikutlah nasihat dan saranan kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan (KKM). Saya masih ingat lagi dulu doktor arahkan saya supaya menjalani tempoh kuarantin di rumah selama seminggu,” katanya.

Penuntut di sebuah universiti tempatan di Shah Alam, Selangor itu turut menggesa orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan.

“Sekarang ramai ambil endah tak endah. Arahan dikeluarkan pihak kerajaan tu sebenarnya untuk keselamatan kita juga. Jadi janganlah sampai virus tu terkena keluarga sendiri, nak menyesal pun tak guna.

“Kita sedia maklum sekarang vaksin tu tak ada lagi. Jadi peluang untuk hidup tu 50/50. Ikutlah saranan kerajaan untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Hari ni pesakit depan dia meninggal, esok pagi orang katil sebelah pula”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*