Messi derma kepada hospital di Sepanyol bantu hadapi Covid-19

LIONEL Messi mengikut jejak langkah bekas pengurusnya Pep Guardiola menderma sebanyak sejuta euro (RM4.8 juta) sebagai bantuan dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Kapten Barcelona itu turut bekerja keras meningkatkan kesedaran mengenai wabak berbahaya ini yang kini telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

Messi memberi sumbangan besar untuk digunakan oleh petugas-petugas kesihatan.

 

 

Pihak Hospital Klinik Barcelona mended4hkan Messi memberi sumbangan kepada pihaknya.

 

“Leo Messi memberi sumbangan untuk berjuang melawan Covid-19 di Klinik. Terima kasih di atas komitmen dan sokongan,” tulis Hospital Klinik Barcelona di Twitter pada Selasa.

Seluruh Sepanyol kini ditutup sepenuhnya bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang pantas merebak.

Sepanyol mencatat situasi buruk dengan mencatat kem4tian sehinggan 514 orang sehari.

Manakala keseluruhan kem4tian dicatat 2,696 orang dan hampir 40,000 kes dicatat.

Sebelum ini, Guardiola turut memberi sumbangan kepada Angel Soler Daniel Foundation untuk digunakan membeli peralatan kesihatan.-Dailymail.co.uk

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Messi derma kepada hospital di Sepanyol bantu hadapi Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*