Dr Noor Hisham Dedah Sesuatu yang Buat Ramai Tergamam Tentang Petugas Fronliner .

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui petugas frontliner kementerian itu bekerja tanpa henti sejak lebih tiga bulan lalu.

“Memang betul frontliner kita kerja tanpa henti lebih kurang tiga bulan lebih. Kalau biasa jurur4w4t (kerja syif) lapan jam.

“Kalau doktor ada kala kita buat oncall. Oncall daripada pukul 5 petang sampai esok pagi… mungkin pass over lepas tengah hari.

“Jadi kita tengok cara atau kesibukan dalam kita mer4w4t pesakit. Jadi kita kena bagi ruang untuk doktor kita rehat… maksimum 16 jam,” katanya pada sidang media petang Rabu.

Untuk mengatasi masalah itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya telah menyelaras sumber manusia di kementerian tersebut.

“Hari ini kita ada post basic menjalani latihan seramai 3,400 orang. Kita dah kerahkan mereka ke hospital dan klinik di mana 2,500 adalah jurur4w4t berpengalaman tetapi sedang menjalankan post basic.

“Dan jurur4w4t yang telah bersara ada lebih kurang 3,000 yang telah mendaftar. Sekarang kita tengah pastikan kepakaran jurur4w4t tersebut, mungkin ada kepakaran di ICU, dewan bedah dan sebagainya.

“Kita akan gunakan kepakaran tersebut untuk penempatan sama ada di klinik dan hospital kementerian kesihatan. Jadi kita dapat menampung secara keseluruhannya kalau kerah sumber manusia sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengesahkan seramai 73 anggota petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif Covid-19.

Katanya, daripada jumlah itu, 47 kes berkaitan majlis perkahwinan di Bangi pada 6 Mac atau Putrajaya yang berlangsung pada 7 Mac dan turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh. 

Selain itu, katanya lagi, ada petugas kementerian itu yang mempunyai sejarah ke luar negara dan kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.

“Setakat ini, ada lima hospital kita kenal pasti di mana yang pertama paling tinggi adalah Hospital Teluk Intan kira-kira 37 orang teribat.

“Diikuti Hospital Putajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bahru), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Klang) dan Hospital Selayang.

“Jadi apa yang penting kita kerahkan staf dari jabatan lain ataupun hospital lain  untuk membantu isi kekurangan sumber manusia di hospital tersebut,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham Dedah Sesuatu yang Buat Ramai Tergamam Tentang Petugas Fronliner ."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*