Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya, Diva AA Mohon Maaf Terbuka – “Ada Rezeki Nak Jamu Rendang Untuk Petugas …”

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang dianggap memperlekeh tugas paramedik Hospital Putrajaya baru-baru ini.

Tidak menyangka kata-katanya boleh mengguris hati segelintir pihak hingga menjadikan perkara terbabit tular, Diva AA dalam erti kata lain mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.

“Assalamualaikum, saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut saya, dah memang begitu kaedahnya. 

“Mohon maaf terbuka kepada pihak Hospital Putrajaya khasnya doktor dan pengurusannya kerana kandungan perutusan khas saya telah menjadi begitu panas dan mencetuskan  kontroversi hingga ada pihak tertekan diganggu emosi dan sebagainya, mohon maaf. 

“Sudah tentu saya kutip setiap hikmah yang berlaku daripada kejadian yang tidak disangka ini, buang yang keruh ambil yang jernih. 

“Kalau ada rezeki masak rendang cef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata saya, mohon maaf kita hidup ni tak lama,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya pada Rabu.

Dalam pada itu, Diva AA berharap pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

“Saya percaya pengurusan Hospital Putrajaya bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf saya.

“Kita ni kadang-kadang tak jaga mulut tak jaga bahasa, mungkin ada suka celuparnya mulut saya, tapi ada juga pihak tersinggung jadi kita hormat.

“Kalau betul bersalah minta maaf, atas dunia ini jangan bagi orang dendam! 

“Semoga maaf saya diterima Hospital Putrajaya,” ujarnya.

Malah, Diva AA akui percaya situasi genting menangani wabak COVID-19 sekarang menjadikan ramai individu yang sensitif.

“Kita jadi sebegitu sensitif dan saya faham kita buat bahagian kita.

“Semoga kes ini menjadi pengajaran supaya berhati-hati atas apa kenyataan yang kita buat. 

“Kita percaya kes ini boleh diselesaikan dan sekarang terpulang pada pihak Hospital Putrajaya pula,” tambahnya.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi veteran Dayangku Intan yang kecewa dengan layanan yang diterimanya oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya, Diva AA Mohon Maaf Terbuka – “Ada Rezeki Nak Jamu Rendang Untuk Petugas …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*