“Terima Kasih Tolong Saya Cari Kakak Ni…” – Isteri Atu Volunteer Jahit Pelindung Kepala & Kasut Petugas Hospital

Isteri kepada pelawak Atu, Shafeeqa Johari mengucapkan rasa syukur kerana dapat menghubungi pengguna laman sosial dikenali sebagai Nurul Izwani Mohamad Yahya yang memerlukan bantuan menjahit pelindung kepala dan kasut petugas hospital.

Semalam Shafeeqa menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya telah memuat naik paparan skrin mengenai Nurul Izwani yang sedang mencari tukang jahit untuk membantunya.

Menerusi paparan skrin tersebut Nurul Izwan berkata, dia sedang membantu sahabat-sahabat di Hospital Shah Alam yang kekurangan bekalan pelindung kepala dan kasut.

Sementara itu, Shafeeqa ketika dihubungi Gempak berkata, dia bersyukur dan lega urusannya mencari Nurul Izwan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan dia dan sekarang tengah jahit cover cap dan shoe cap yang diperlukan.

*Shafeeqa dalam proses menjahit*

“Tak ada apa lagi yang dapat saya lakukan untuk membantu wira negara kita yang sedang berbakti tanpa memikirkan risiko dihadapi mereka.

Terima kasih kepada yang membantu saya mencari Nurul Izwani, dan kepada sukarelawan lain juga terima kasih, sama-samalah kita membantu selagi termampu,” kata bekas graduan fesyen itu.

Dalam pada itu Shafeeqa berkata, sekurang-kurangnya ada aktiviti di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

“Tak apa, Atu boleh tengokkan anak-anak sementara saya siapkan jahitan ini semua,” katanya gembira.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Tolong Saya Cari Kakak Ni…” – Isteri Atu Volunteer Jahit Pelindung Kepala & Kasut Petugas Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*